Sunday, November 28, 2010

Sambungan IDEA HEBAT

aku nak mintak maaf la sebb artikel dahulu tu tergantung ok kita sambung balik dengan IDEA HEBAT

Selepas buat stiker kereta boleh la di edarkan kalu stiker tu cantik tak ada sebab orang tak nak lekat

3) Buat EXPERIMENT jadi kan kita unik apa yang boleh membezakan persaing dengan kita dan apa yang boleh kita berikan kepada pelangan kita.kadang kadang pelangan akan terkejut dan dihargai apabila mendapat sesuatu dari kita dan ini akan membuatkan mereka mengigati kita ini penting  untuk mengekalkan pelangan supaya membuat pembelian semula.

4)       Buat LAB(makmal) kat rumah bagi sesiapa yang menghasilkan produk sendiri ini untuk menghasilkan produk baru contoh bagi perniaga makanan penting untuk mempunyai citarasa sendiri seperti KFC mereka mengeluarkan pelbagai periasa TOM YAM, KARI dan BLACK PAPER untuk menjadikan mereka unik dari pesaing.

         Mereka juga membuat pelangan ingin tahu rasa perisa baru mereka. satu lagi mereka membuat peminat peminat HOT & SPICE menjadikan  mereka ternanti nanti makanan kegemaran mereka KFC juga mencari perisa baru yang bakal melendakan pasaran dan juga menanbah SIDE ODER mereka. Jadi kita juga boleh meniru seperti mereka menghasilkan perisa baru.

        Satu lagi jika masakan kita mempunyai citarasa unik pasti orang akan datang  mencari seperti DOLLY CHAR KUE TIWE di TAIPING yang mempunyai keunikan kerena masak menggunakan kayu api kerana kelazatan dan citarasa yang tersendiri  menyebabkan orang dari JOHOR akan datang lagi jika mereka pergi ke UTARA.

5) BUAT PERADUAN dengan syarat membuat pembelian dahulu baru boleh menyertai peraduan ini. Hadiah nya mesti hebat mungkin juga produk ada, atau servis anda secara percuma

6)Bercerita dengan Rakan anda mengenai produk anda setiap kali berjumpa cerita perkembangan anda Email rakan rakan anda sms mereka mengenai produk anda dan perkembangan. siapa pelangan terbaru produk anda.

-bersambung lagiiii -

Friday, November 26, 2010

IDEA HEBAT

Mungkin ada yang tertanya mengapa gerai, kedai aku tak ada yang beli aku spend banyak duit renovate tapi tetap lengang jugak. Aku ada idea yang HEBAT mungkin boleh digunakan untuk mempromosikan kedai mereka.

1) "BUAT LOGO KEDAI" Kita tengok syarikat besar semua ada logo dan warna koprat. Buat yang simpel dan mudah diingat.dan juga slogan contoh NOKIA "Conect people " NIKE "Just DO It" Guna kan logo dan slogan ini di kepala surat, resit, Chop,EMAIL, Buat STICKER KERETA

MAAF TERPAKSA SAMBUNG NANTI

Wednesday, November 24, 2010

TAKTIK MARKETING

              Hari ni aku pergi jalan ke satu shoping complex xxxxxxxxx yang menganjurkan jualan murah aku pergi sebab dapat iklan yang diedarkan oleh pihak yang berkenaan. Aku tetarik denagan beberapa produk yang memang sangat murah seperti di dalam iklan.

             Apabila aku pergi aku terus mencari produk berkenaan tetapi alakah hampa nya aku bila produk berkenaan tiada di raknya aku bertanya pada jurujual dimana produk yang didalam iklan. Jurujual berkenaan menjawap "sudah habis" aku bertanya tak ada stok lain ke, Jurujual menjawap stok lain ada tapi stok untuk jualan murah yang dah habis. Aku terkejut oooo macam ni ker mereka lakukan semasa jualan murah.

             Mereka buat berberapa produk yang berjenama menjadi sangat muarh sehimgga separuh harga tetapi mereka menghadkan jumlah produk berkenaan dan selepas produk berkenaan habis mereka tidak mengeluarkan stok produk tersebut mereka akan tinggal kan rak berkenaan kosong yang ada cuma nama produk dan harga semasa jualan murah berkenaan dengan alasan produk berkenaan habis. Itu salah satu cara mereka memancing pelangan supaya datang ke shoping complex mereka.

            Sebab mana mungkin ada pelangan yang datang untuk mencari barangan yang hanya menawarkan "JUALAN MURAH" sahaja  kecuali aku la heeehee. Ada satu lagi taktik yang tidak bertangungjawap oleh pihak pasaraya aku rasa ko orang dah tau kan taktik ini tetapi aku nak tulis jugak iaitu "menaikankan harga ke 400% kemudian memotongnya semula 70%" ok macam ni lah kata kan satu barang harga RM 200 mereka akan menulis harga sebelum potonga RM 800 dan selepas potongan 70% harga menjadi RM240 bijak bukan

            
               Masyarakat kita yang sememangnya gila kan SALE (jual muarah) sering terperdaya aku pun terkena kononnya handbang berjenama harga sebelum RM 180 ada kononnya Happy Hour dengan LESS (POTONGAN ) 80% sehingga menjadi RM 36 sahaja aku pun belila untuk isteri aku sekali sampai rumah isteri aku bantai gelak di cakap beg macam tu kawan dia jual rm 30 jer agggghhhhh aku tension cilakak punya pasaraya esok nya dia bawak balik sampel handbag kawan dia sebijik daaa jadi berhati hatilah semasa membeli di "KARNIVAL JUALAM MURAH" yang sememannya "MAHALLLLL "

              Kesimpulannya  belilah jika betul betul yakin ia nya murah dan anda sudah biasa dengan produk berkenaan dan sudah tahu harga asal produk berkenaan terima kasih

Saturday, November 20, 2010

CARA TERBARU

Semalam (19.11.2010) aku ada tengok chanel Discovery (astro) mereka menceritakan bagaimana pemain pemain besar(syarikat gergasi) mengunakan teknologi dalam memasarkan poroduk mereka bagaimana memereka mengupah sekumpulan pengkaji untuk mengkaji bagaimana seseorang pelangan memilih produk adakah daari segi kemewahan, warna, bau, rasa dan pendegaran akan mempengaruhi seseorang pelangan membuat pilihan dan semua keputusan itu akan duigunakan oleh syarikat gergasi untuk menarik dan memikat pelangan supaya menjadi pelangan yang setia pada produk dan perkhidmatan mereka. Bagaimana mereka mempengaruhi minda bawah sedar kita untuk mengigati produk mereka.

Thursday, November 18, 2010

Experiment PROMOSI PERCUMA

Macam mana nak mulakan aku pun dah lama tak menulis biasanya hanya menjadi pembaca yang setia saja aku harap tidak ada sesiapa tersinggung dengan hasil penulisan aku ni sebab aku ni jenis yang suka berterus terang. Sekarang ni aku tegah mengkaji macm mana nak mengurang kan kos promosi dan hanya menggunakan perkhimatan percuma atau yang berkos rendah tapi boleh menberikan effek yang besar ini penting kerana bukan semua usahawan mempunyai capital yang besar dalamm membuat promosi  produk mereka aku rasa antara jadi mungkin experiment aku akan Berjaya kita tunggu dan lihat . Jika kita lihat banyak marketing yang gagal kerana tidak dapat menyentuh perasaan yang mendalan sehingga menjadikan produk mereka satu kemestian yang perlu dalam kehidupan prospek jika kita dapat mencari kunci tersebut maka kita akan menjadi perintis kepada promosi percuma ini

Monday, November 15, 2010

Selamat datang ke JOMMARKETING

BLOG JOM MARKETING ini di buat untuk berkongsi cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk memasarkan produk dan servis untuk Internet Biznes, Kita akan cuba membincangkan mengenai cara cara terbaru untuk meningkatkan trafik dan meningkatkan jualan kita sekiranya anda ada idea yang hebat, luarbiasa, dan  aneh jom kita kongsikan bersama mungkin kita akan mengembangkan cara terbaru untuk promosikan prodok kita.

Friday, November 12, 2010