Friday, June 5, 2015

PROGRAM AFFILIATE

            Pay-per-Sale (PPS)

             Jenis program affiliate yang pertama ini merupakan jenis yang biasa akan anda temui
            di pasaran tak kira di pasaran luar negara mahupun Malaysia.

Maksud program affiliate pay-per-sale ialah mereka yang menyertai sesebuah program affiliate jenis ini akan dibayar komisyen berdasarkan setiap jualan yang berjaya agen affiliate tersebut hasilkan melalui link affiliate dia.

Pendek kata, anda haruslah membuatkan prospek yang anda promosikan link affiliate kepadanya membuat tempahan dan belian bagi sesuatu produk yang anda promosikan.





Kalau tiada jualan yang anda buat, tiadalah komisyen dalam bentuk wang ringgit yang boleh anda jana.

Di sini saya berikan anda satu contoh, jika anda mempromosikan program  The Millionaire Brain  http://jasruljamal.com/brain.HTML . Harga ebook tersebut dijual oleh penulis ebook tersebut ialah RM150 Komisyen akan di beri sebanyak RM75 iaitu 50% jika jualan melalui link affiliate berjaya dilakukan.

Jika anda berjaya menjual ebook tersebut melalui link affiliate anda, maka RM15 akan dibayar kepada anda oleh penulis ebook tersebut.


            Pay-per-Lead (PPL)

            Program affiliate bagi kategori ini boleh saya katakan ianya yang paling mudah untuk
            anda jana pendapatan. Konsepnye begini…Setiap leads (prospek) yang berjaya anda
bawa ke laman squeeze page atau optin page bagi pengusaha program affiliate jenis PPL ini seterusnya jika lead tersebut mendaftarkan email mereka di laman squeeze page tersebut, anda akan mendapat komisyen.

Pada kebiasannya jika di pasaran Malaysia ini, purata bagi komisyen yang biasa ditetapkan oleh pengusaha program affiliate ini adalah diantara RM0.30-RM1.00

Kira lumayan la ni juga kan. Anda hanya mempromosi squeeze page mereka ini (biasanya produk percuma yang akan ditawarkan di laman-laman tersebut), dan anda akan dapat komisyen seperti nilai yang telah dinyatakan di atas.

Ianya juga lebih mudah kerana ia tidak memerlukan prospek untuk membeli apa-apa. Hanya daftarkan email untuk dapatkan produk percuma daripada pihak pengusaha program affiliate tersebut.

Untuk mengetahui program-program affiliate berbentuk PPL ini yang terbaru, anda boleh rujuk di laman berikut dari masa ke semasa:


           
            Pay-per-Click (PPC)

Sekarang kita telah tiba di kategori program affiliate yang terakhir iaitu Pay-per-Click atau orang biasa panggil PPC.

            Perlu saya nyatakan, buat masa ini di Malaysia masih belum ada program affiliate ini
            dianjurkan. Hanya dari luar negera sahaja.
           
            Konsepnya untuk setiap link yang anda promosikan dan jika ada orang klik pada link
tersebut, anda akan diberi komisyen dalam bentuk sen. Ini pada kebiasannya tergolong dalam program buat duit dengan pengiklanan.

Untuk lebih lanjut anda boleh ke laman berikut jika anda berminat dengan program seperti ini:

SEMOGA BERJAYA


Monday, April 27, 2015

RAHSIA Twitter

Twitter mendapat sambutan hangat dalam arena bisnes kerana dengan cepat berkembang dalam populariti yang memikat jutaan pengguna yang boleh pilih update ‘follow’ daripada mereka yang pengguna minati. 

Twitter menawarkan sistem flexible API yang membenarkan pemaju-pemaju ‘third party’ mencipta plugin dan aplikasi Twitter yang meningkatkan fungsi keseluruhan akaun mereka.
Salah satu servis ini ada di http://www.SocialOomph.com  di mana anda boleh dirikan mesej tegur sapa automatik yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikut anda untuk menjadi kenalan, di samping mampu mempromosikan squeeze page, tawaran insentif atau hadiah sebegitu.



Inilah cara yang hebat untuk membina list dalam pasaran niche anda, ketika mewujudkan hubungan dengan mereka yang memilih untuk mengikuti update anda. 
Dengan Twitter, anda dengan cepat membina profil yang mempamerkan URL laman web dan foto anda, di samping menyatukan kata kunci dalam medan bio anda untuk menggoda pelawat ke page anda di mana-mana kata kunci serupa dimasukkan dalam enjin carian Twitter.
Satu perkara untuk diingatkan ketika mengguna Twitter sebagai saluran pemasaran ialah lebih interaktif anda, lebih pendedahan anda akan terima. 


Setiap post yang anda hantar melalui akaun Twitter anda akan menuju ke mereka yang mengikut anda, selain itu, post anda akan disusun dalam page profil utama anda supaya pengikut-pengikut baru boleh melihat update sebelum ini.
Twitter adalah alat yang amat berguna apabila mengendalikan kajian niche atau menguji perkembangan pasaran. 



Dari surat khabar ke televisyen, Twitter telah menjadi cara yang mudah membuat post amaran dan berita terkini, dan sebagai usahawan online, anda boleh mempergunakan maklumat ini untuk menentukan apakah yang pasaran sasaran anda sedang bertindakbalas dan apa yang pasaran kini minati dengan mengikut perkembangan mereka yang diwujudkan dalam pasaran atau industri anda dan memerhatikan siaran terkini dan pengumuman pelancaran.