Pay-per-Sale (PPS)
Jenis program affiliate yang pertama ini merupakan jenis
yang biasa akan anda temui
di pasaran tak kira di pasaran luar negara mahupun
Malaysia.
Maksud program affiliate pay-per-sale ialah mereka yang menyertai sesebuah program affiliate
jenis ini akan dibayar komisyen berdasarkan setiap jualan yang berjaya agen
affiliate tersebut hasilkan melalui link affiliate dia.
Pendek kata, anda haruslah membuatkan prospek yang
anda promosikan link affiliate kepadanya membuat tempahan dan belian bagi
sesuatu produk yang anda promosikan.
Kalau tiada jualan yang anda buat, tiadalah komisyen
dalam bentuk wang ringgit yang boleh anda jana.
Di sini saya berikan anda satu contoh, jika anda
mempromosikan program The Millionaire Brain http://jasruljamal.com/brain.HTML . Harga ebook tersebut dijual oleh penulis ebook tersebut ialah RM150 Komisyen akan di beri sebanyak RM75 iaitu 50% jika jualan melalui link
affiliate berjaya dilakukan.
Jika anda berjaya menjual ebook tersebut melalui link
affiliate anda, maka RM15 akan dibayar kepada anda oleh penulis ebook tersebut.
Pay-per-Lead (PPL)
Program affiliate bagi kategori ini boleh saya katakan
ianya yang paling mudah untuk
anda jana pendapatan. Konsepnye begini…Setiap leads (prospek) yang berjaya anda
bawa ke laman squeeze
page atau optin page bagi
pengusaha program affiliate jenis PPL ini seterusnya jika lead tersebut mendaftarkan email mereka di laman squeeze page tersebut, anda akan
mendapat komisyen.
Pada kebiasannya jika di pasaran Malaysia ini, purata
bagi komisyen yang biasa ditetapkan oleh pengusaha program affiliate ini adalah
diantara RM0.30-RM1.00
Kira lumayan la ni juga kan. Anda hanya mempromosi squeeze page mereka ini (biasanya produk
percuma yang akan ditawarkan di laman-laman tersebut), dan anda akan dapat
komisyen seperti nilai yang telah dinyatakan di atas.
Ianya juga lebih mudah kerana ia tidak memerlukan
prospek untuk membeli apa-apa. Hanya daftarkan email untuk dapatkan produk
percuma daripada pihak pengusaha program affiliate tersebut.
Untuk mengetahui program-program affiliate berbentuk
PPL ini yang terbaru, anda boleh rujuk di laman berikut dari masa ke semasa:
Pay-per-Click (PPC)
Sekarang kita telah tiba di kategori program affiliate
yang terakhir iaitu Pay-per-Click
atau orang biasa panggil PPC.
Perlu saya nyatakan, buat masa ini di Malaysia masih
belum ada program affiliate ini
dianjurkan. Hanya dari luar negera sahaja.
Konsepnya untuk setiap link yang anda promosikan dan jika
ada orang klik pada link
tersebut, anda akan diberi komisyen dalam bentuk sen.
Ini pada kebiasannya tergolong dalam program buat duit dengan pengiklanan.
Untuk lebih lanjut anda boleh ke laman berikut jika
anda berminat dengan program seperti ini:
SEMOGA BERJAYA