Tuesday, August 22, 2017

LALUAN IKLAN








KENALI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN DAN SIHIR
===================================
.
✅ ...Selalu Migrain / Pening Kepala
✅ ...Sering Bertengkar
✅ ...Badan Terasa Panas & Malas Beribadah
✅ ...Anak Kerap Menangis Malam
✅ ...Sukar Tidur Malam & Selalu Mimpi Buruk
✅ ...Mudah Marah & Panas Baran
✅ ...Kerap Lebam Pada Bahagian Badan
✅ ...Haid tidak Teratur
.
.
Bertenang... Bertenang... Bertenang... ðŸ™Œ ðŸ™Œ ðŸ™Œ
.
Jangan risau,
.
In Shaa Allah.... kami BERBESAR HATI ingin bantu anda dengan 
teknik Penyembuhan Pelengkap Untuk Rawatan Gangguan Jin & Sihir 
Menurut Al Quran & Al Hadits.
.
.
.
.
Bagaimana BIDARA LAB ini membantu anda dalam mengurangkan kesan sihir?
.
.
>> Kandungan Pati Bidara yang TINGGI dalam Gel Mandian BidaraLab 
memberi aura tenaga yang baik kepada badan anda dengan Izin Allah.
.
>> JAMINAN Produk Bidaralab SELAMAT digunakan seisi keluarga & telah mendapa
t ðŸ’¯ kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
.
.
.
Moga-Moga Selepas Anda Ikhtiar Menggunakan Gel Mandian Bidaralab,
akan ada perubahan dalam DIRI & KELUARGA ke arah lebih POSITIF
.
Klik -->> wasap.my/+60195594704
Klik -->> wasap.my/+60195594704
Klik -->> wasap.my/+60195594704
.
.
YANG MEMBANTU 

JASRUL JAMAL

Kita Usaha Dan Ikhtiar,
Yang Menyembuhkan Adalah Dia(Allah).

Tuesday, August 23, 2016

Friday, June 5, 2015

PROGRAM AFFILIATE

            Pay-per-Sale (PPS)

             Jenis program affiliate yang pertama ini merupakan jenis yang biasa akan anda temui
            di pasaran tak kira di pasaran luar negara mahupun Malaysia.

Maksud program affiliate pay-per-sale ialah mereka yang menyertai sesebuah program affiliate jenis ini akan dibayar komisyen berdasarkan setiap jualan yang berjaya agen affiliate tersebut hasilkan melalui link affiliate dia.

Pendek kata, anda haruslah membuatkan prospek yang anda promosikan link affiliate kepadanya membuat tempahan dan belian bagi sesuatu produk yang anda promosikan.





Kalau tiada jualan yang anda buat, tiadalah komisyen dalam bentuk wang ringgit yang boleh anda jana.

Di sini saya berikan anda satu contoh, jika anda mempromosikan program  The Millionaire Brain  http://jasruljamal.com/brain.HTML . Harga ebook tersebut dijual oleh penulis ebook tersebut ialah RM150 Komisyen akan di beri sebanyak RM75 iaitu 50% jika jualan melalui link affiliate berjaya dilakukan.

Jika anda berjaya menjual ebook tersebut melalui link affiliate anda, maka RM15 akan dibayar kepada anda oleh penulis ebook tersebut.


            Pay-per-Lead (PPL)

            Program affiliate bagi kategori ini boleh saya katakan ianya yang paling mudah untuk
            anda jana pendapatan. Konsepnye begini…Setiap leads (prospek) yang berjaya anda
bawa ke laman squeeze page atau optin page bagi pengusaha program affiliate jenis PPL ini seterusnya jika lead tersebut mendaftarkan email mereka di laman squeeze page tersebut, anda akan mendapat komisyen.

Pada kebiasannya jika di pasaran Malaysia ini, purata bagi komisyen yang biasa ditetapkan oleh pengusaha program affiliate ini adalah diantara RM0.30-RM1.00

Kira lumayan la ni juga kan. Anda hanya mempromosi squeeze page mereka ini (biasanya produk percuma yang akan ditawarkan di laman-laman tersebut), dan anda akan dapat komisyen seperti nilai yang telah dinyatakan di atas.

Ianya juga lebih mudah kerana ia tidak memerlukan prospek untuk membeli apa-apa. Hanya daftarkan email untuk dapatkan produk percuma daripada pihak pengusaha program affiliate tersebut.

Untuk mengetahui program-program affiliate berbentuk PPL ini yang terbaru, anda boleh rujuk di laman berikut dari masa ke semasa:


           
            Pay-per-Click (PPC)

Sekarang kita telah tiba di kategori program affiliate yang terakhir iaitu Pay-per-Click atau orang biasa panggil PPC.

            Perlu saya nyatakan, buat masa ini di Malaysia masih belum ada program affiliate ini
            dianjurkan. Hanya dari luar negera sahaja.
           
            Konsepnya untuk setiap link yang anda promosikan dan jika ada orang klik pada link
tersebut, anda akan diberi komisyen dalam bentuk sen. Ini pada kebiasannya tergolong dalam program buat duit dengan pengiklanan.

Untuk lebih lanjut anda boleh ke laman berikut jika anda berminat dengan program seperti ini:

SEMOGA BERJAYA


Monday, April 27, 2015

RAHSIA Twitter

Twitter mendapat sambutan hangat dalam arena bisnes kerana dengan cepat berkembang dalam populariti yang memikat jutaan pengguna yang boleh pilih update ‘follow’ daripada mereka yang pengguna minati. 

Twitter menawarkan sistem flexible API yang membenarkan pemaju-pemaju ‘third party’ mencipta plugin dan aplikasi Twitter yang meningkatkan fungsi keseluruhan akaun mereka.
Salah satu servis ini ada di http://www.SocialOomph.com  di mana anda boleh dirikan mesej tegur sapa automatik yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikut anda untuk menjadi kenalan, di samping mampu mempromosikan squeeze page, tawaran insentif atau hadiah sebegitu.



Inilah cara yang hebat untuk membina list dalam pasaran niche anda, ketika mewujudkan hubungan dengan mereka yang memilih untuk mengikuti update anda. 
Dengan Twitter, anda dengan cepat membina profil yang mempamerkan URL laman web dan foto anda, di samping menyatukan kata kunci dalam medan bio anda untuk menggoda pelawat ke page anda di mana-mana kata kunci serupa dimasukkan dalam enjin carian Twitter.
Satu perkara untuk diingatkan ketika mengguna Twitter sebagai saluran pemasaran ialah lebih interaktif anda, lebih pendedahan anda akan terima. 


Setiap post yang anda hantar melalui akaun Twitter anda akan menuju ke mereka yang mengikut anda, selain itu, post anda akan disusun dalam page profil utama anda supaya pengikut-pengikut baru boleh melihat update sebelum ini.
Twitter adalah alat yang amat berguna apabila mengendalikan kajian niche atau menguji perkembangan pasaran. 



Dari surat khabar ke televisyen, Twitter telah menjadi cara yang mudah membuat post amaran dan berita terkini, dan sebagai usahawan online, anda boleh mempergunakan maklumat ini untuk menentukan apakah yang pasaran sasaran anda sedang bertindakbalas dan apa yang pasaran kini minati dengan mengikut perkembangan mereka yang diwujudkan dalam pasaran atau industri anda dan memerhatikan siaran terkini dan pengumuman pelancaran.

Monday, April 11, 2011

ORI VS FAKE

          Assalamualaikum & Salam Sejahtera


HAAA boring betul la aku sekarang ni banyak betul la barangan Fake (TIRUAN) ni di pasaran mengapa ini berlaku. Jawapan nya senang aje PERMINTAAN atau demand yer kerana permintaan yang banyak dan pengeluaran nya kurang ataupun mahal maka ramailah yang mengambil kesempatan. Maka berlakulah lambakan barangan tiruan ni.

          Kalau peniaga yang jujur tak apa ni ada sesetengah tu yang ambil kesempatan terhadap pengguna dengan mengatakan barangan ni ori dan menjualnya dengan harga ori. Kalau tak berhati hati kita akan terkena dengan peniaga kejam Kita walaupun tahu mengenai barangan tiruan ni tapi kita kadangkala terlepas pandang contoh Handphone berapa ramai yang benar benar tahu mengenai ORI atau AP kalau ori pun berapa ramai yang tahu Casesing Ori atau telah di tukar, bateri yang ori atau local dan Headset. Kadang kala terdapat peniaga yang rakus dia menukar semua aksesori  handphone ni dengan tiruan dan menjual aksesori yang ditukar kan tadi sebagai barangan  aksesori. sekarang ni ramai pakar tiru dan teknologi canggih




Saturday, April 2, 2011

Senjata peniaga Kecil

Assalamualikum dan salam sejahtera




Fuhh dah lama jugak saya tak update blog saya ni ok seperti yang saya janjikan dulu dalam perang pemasaran apa yang peniaga kecil mampu lakukan. Sejata pertama adalah sosial .... bukan gejala sosial yerr. ni maksudnya perhubungan antara peniaga dan pelangan. Peniaga kecil lebih mesra dengan pelangan kadang kala seperti saudara dekat ini dapat membantu jualan semula dimana mereka sudah menjadi pelangan tetap jika kita pandai menjaga mereka tidak mustahil mereka tidak lari ke tempat lain.



       Senjata kedua adalah perkhidmatan Peniaga Kecil boleh memberi perkhidmatan delevery atau pun menerima pesananan Email, SMS ataupun telefon ini bagi memudahkan pelanggan dan  memuaskan hati pelangan ini kerana kita semakin sibuk dengan pekerjaan kadang kala tu pukul 11 baru balik ke rumah jadi jika kita ada perkhidmatan delevery kita pasti akan deicari. Kita juga boleh menanbahkan jualan dengan membuat cross sale iaitu sebelum pelangan membuat pembayaran kita beri mereka produk tambahan yang membuatkan produk utama lebih berkesan atau kita berikan tawaran hebat.

       Satu lagi yang boleh kita gunakan ialah blog untuk berkongi kemahiran kita dengan pelangan kita juga boleh membuat jualan dengan memberikan mereka info mengenai tool yang boleh menyenangkan kerja mereka atau memberi perkidmatan untuk memudahkan mereka seperti Design website, Baner, Heade, Name card, Flyer.

      Kita juga boleh buat flyer murah dengan desing sendiri dan print sendiri.dan di edarkan di tempat tumpuan orang ramai. kita juga boleh buat sticker kereta dan diedarkan kepada adik beradik saudara mara rakan rakan. kita juga boleh gunakan radio buruk untuk menyebarkan aktiviti kita setiap organisasi baik di pejabat, kilang, sekolah, kampung  mesti ada pemberita CNN yang akan menyebarkan berita panas dendan pantas jadi gunakan mereka ini sebagai medium hebahan kita. dengan syarat kita  mesti bagi  panas lagi sensasi berita kita tu.

    Free gift ni semua orang sukakan walaupun hanya sekotak tissu pelangan pasti akan ingat kita lebih lebih lagi jika kita beri secara suprise. Kita juga boleh berikan hadiah sewaktu hari lahir pelangan kita mesti menghargai kita. yup senjata peniaga kecil ialah tambat hati pelangan itu yang tidak dapat diberikan oleh peniaga besar.

Monday, March 21, 2011

Pakatan Barat Serang LIBIYA.


Assalamualikum dan Salam sejahtera

          Aku terperanjat mendengar Pakatan Barat menyerang Libiya. Malang sungguh bagi Libiya kerana terpaksa menerima serangan dari 3 buah segara serentak. Ini semua kerakusan Amerika yang kononnya menjadi polis Dunia cuba mengamankan negara bermasalah. pelikan. Tapi itu lah dunia sekarang.

        Tapi bukan ini persoalan pokok yang aku nak ketengahkan aku nak ceritakan di malaysia juga sedang berlaku peperangan...... HAA Biar BETUL MALAYSIA BERPERANG. Ya betul. Setiap masa. Syarikat besar sedang berperang dengan Syarikat Kecil. Ini dapat kita lihat dimana perang iklan di TV dimonopoli oleh syarikat besar,  mereka menguasai masa tayangan perdana dan mereka mampu menaja acara acara besar. Bagaimana dengan syarikat kecil yang tak mampu untuk meletakkan iklan di TV. kadang kadang tu Iklan lagi panjang dari cerita.

         Kita lihat pula surat khabar sekarang ni tebal sebab iklan yang banyak aku sekarang boring nak beli paper sebab sekarang ni mereka berlumba lumba meletakkan iklan di akhbar utama. Aku lebih senang layari internet. Bukan nya murah nak letakkan iklan kat paper ternama sekarang ni kurang kurang pun kena ada Rm 500 baru boleh letak iklan sejemput.

        Tempat tempat yang dipenuhi orang ramai turut dipenuhi dengan papan iklan.sampai kat toilet pun ada iklan ahhaaa Tiang tiang lampu pun habis di make up dengan baner color color. Kat tepi tepi highway habis semua dipacak papan iklan billboard kadang kadang tu sampai nak eksiden sebab telampau baca iklan besar besar kat tepi highway. Lapangan Terbang jugak penuh dengan iklan, Stesyen Bas pun jadi mangsa ahhhaakkk

       Sekarang ni semua BAS, LRT, Teksi, Kapal Terbang, Keretaapi habis semuanya ditutupi dengan jenama besar besar, tak pernah lagi la aku tengok iklan "Kedai Buah Ahmad" ada kat kapal terbang. tapi teringin jugak nak la nak tengok mungkin satu hari nanti ada terpampang sapa tau kan. Syarikat besar menggunakan senjata canggih dan besar dalam peperangan mereka , untuk menjadikan mereka kuat dan digeruni pesaing.

Esok Aku sambung lagi kali ni pasal senjata yang di gunakan oleh peniaga kecil untuk menagkis serangan peniaga besar.



    

Wednesday, March 16, 2011

PEMENANG GA PERTAMA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Terima kasih kepada semua blger yang menyertai First Ga JOMMARKETING setap pertandingan mesti ada pemenang nya kan jadi sekarang saya ingin mengumumkan pemenang Giveaway ialah ,,,,,,,,,ffairyku-bebas.blogspot.com/. kerana ia menepati semua aspek yang diperlukan terima kasih kerana berkongsi dengan saya cara anda marketing kan blog anda 


di sini saya ingin memohon maaf kerana terpaksa ambil sedikit masa untuk uplopad iklan baner semua perserta Ga ini disebab kan masalah teknilal my lappy (laptop) masuk hospital demam (ada virus) not from internet but from my friend thumb drive aghh tensionnya tak bess guna lappy orang lain nak edit baner tu. mintak maaf sesangat sangatnya bila dah dapat lap top saya tu saya akan buat seberapa segera di harap fairyku bebas dapat memberikan alamat lengkapnya pada saya utuk urusan penghantaan hadiah dengan SMS saya di 0195594704 sms dari orang lain tidak akan dilayan aaahhakk 
di harap fairyku bebas dapat sms segera ok tq. LUV u ALL 

Sunday, March 13, 2011

GA PERTAMA TAMAT PADA 12am 12.3.2011

Marketing nak mengucapkan terima kasih kerana menyertai GA Pertama Jommarketing yang bermula pada 11.11 pm 11.1.11 dan tamat pada 12 am 12.3.2011 dengan ini tamat secara rasminya.Pemenang akan di hubungi di blognya. dan seperti yang di janjikan ruang iklan percuma akan diberikan kepada peserta tetapi mengambil masa sedikit kerana saya perlu mengedit baner mereka. Hadiah akan di poskan kepada pemenang pada hari selasa kerana saya terpasa pergi ke Kuala lumpur untuk menghantar ayah dan ibu saya ke KLIA pergi membuat Umrah pada hari Isnin ni. Mari lah kita mendoakan agar mereka selamat pergi dan selamat kembali Amin. Nantikan lah blog pemenang nya pada hari Selasa 14.3.2011 ni untuk keputusan Rasmi  Sekali lagi saya nak mengucapkan Ribuan terima kasih kerana sudi menyertai GA saya yang tak seberapa ni.

GA PERTAMA JOM MARKETING TAMAT !!!!

Friday, March 11, 2011

Mai mai murah murah.

        Ha apa pulak yang aku nak jual ni, apa benda yang ko orang rasa laku sangat la untuk di jual secara part time terutama hari sabtu, kalau kat Penang hari hari laku ahaahak, kalu aku jual 10 sen fuuhhh macam pisang goreng panas beb.

       Nak tau tak jawapan nya ialah beg plastik, memang betul kerajaan buat hari tanpa beg plastik (Sabtu). Tapi kita mesti fikir juga kepentingan pelangan ni, keselesaan pelangan untuk membeli belah. Kerajaan mesti fikir cara lain untuk mengantikan beg plastik bukan dengan mengharamkan beg plastik. Sebab dengan cara ini mereka akan menguntungkan pusat membeli belah kerana jika kita mahu beg plastik kita kena tambah 20 sen untung berganda la pusat membeli belah ni dah lah tak payah nak fikir pasal bujet plastik dapat lagi siteincome lain la pulak tu siap da produk baru lagi. (beg plastik)

         Recyclable paper bags, compostable plastic bags and reusable bags. adalah option pihak kerajaan untuk mengharamkan beg plastik bukan nya dengan mendenda pengguna lepas tu bagi beg plastik balik. kurang bijak langkah yang diambil oleh kerajaan. untuk kempen selamatkan alam sekitar. Kerajaan boleh menguatkuasakan penggunaan paper beg seperti negara maju sekarang, jika boleh atau lagi baik menggunakan compostable plastic bags.

        Memang betul kerajana ada menyatakan denda 20 sen tu akan disalurkan kebadan pemuliharaan alam sekitar tapi adakah kesemua denda ini akan diberi oleh pemilik kedai kepada kerajaan ini disebabkan tiada rekod berapa jumlah denda yang dikutip mungkin separuh daripada duit tu masuk poket pemilik kedai berkenaan untung atas angin jer banyak lagi yang kita boleh buat untuk menjaga alam sekitar.


      Aku pergi shoping kat penang hari tu mula mula aku pergi Parkson kena denda 2o sen sebb nak beg plastik. lepas tu aku pergi Jusco dia orang bagi beg kertas dan tak kena denda, mana yang boleh selamatkan bumi fikir fikir kan lah mana lagi bagus denda dan bagi beg plastik atau bagi beg kertas terus tak kena denda jadi jom la kita pergi ke JUSCO untuk bershoping.



Thursday, March 3, 2011

Rm 200 untuk blogwalking

Assalamualikum & Salam Sejahtera

         Ada ke orang nak bagi duit masa kita blogwalking ???  Nak tahu macam mana boleh dapat duit masa blogwalking, saya beritahu rahsia kepada anda semua. Anda boleh sertai apa yang dikenali sebagai



dan apa yang penting ......... ia percuma. Senang nak register cuma klik baner kat atas ni dan isi kan maklumat anda dan anda mesti ada akaun PAY PAL untuk penebusan (REDEEM) bila duit dah cukup nanti. Ok program ni bedasarkan kita baca kita rate(nilai) kita dapat duit YUP betul tu baca dan dapat duit. Penganjur dapt duit dari pengiklan dan kita dibayar untuk membaca artikel yang hebat sambil melihat iklan bijakkan program ni.



Snap shot ni menunjukan banyaknya iklan menyertai program ni,



satu lagi duit yang saya dah kumpul sepanjang saya menyertai nya dan nilai nya adalah dalam USD. Saya pernah tulis mengenai program ni dulu "baca dan Dapat DUIT" saya ada menulis mengenai time log dimana terdapat satu rekod menunjukan berapa lama kita baca satu satu artikel tersebut. Jadi apa yang saya buat ialah saya akan baca artikel yang menarik sahaja jika artikel tu kurang memuaskan saya akan berblogwalking lebih kurang 4-5 minit saya Rate dan saya baca artikel seterusnya.

Wednesday, February 23, 2011

FIKIR dan JADI KAYA

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera

FIKIR pun boleh jadi kaya ???

          "Think and Grow Rich" buku klasik mengenai rahsia kekayaan diterbitkan pada 1937 tuuuuu diaa hampir 74  tahun dah. Ia merupakan buku jualan terbaik (Best Sealer) semenjak ia diterbitkan. Ditulis oleh Napoleon Hill bedasarkan pengalaman selama 20 tahun bersama dengan orang yang berjaya. Buku ini mengandungi 13 bab mengenai rahsia kejayaan lebih kurang 235 muka surat mak aaiii tebal tu.

          Saya baru habis bab pertama ahahaha baru satu bab jer dah nak buat review, tapi teruja dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Membuatkan nak baca bab seterusnya, buku ini telah dibaca oleh ramai jutawan didunia ini Bill Gate, Trump, Steve Jobs, Warren Buffet dan jutawan jutawan malaysia Dr Azizan, Irfan Khairi, pun ada mencadangkan supaya baca buku ini. Setelah puas mencari ahirnya jumpa juga dalam bentuk Ebook nanti saya akan up load kan di sini supaya kita semua boleh manafaatkan kebaiakn buku ini.


Mamat Napoleon Hill tgh gambar sendiri kat dalam buku sendiri.


          Bab pertama mengenai keinginan (Desire) menceritakan jika seseorang itu mempunyai keinginan yang tinggi dan sanggup buat apa saja untuk merealisasikan impian dia pasti berjaya, insyaAllah sebagai contoh Edwin C Barnes mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Thomas Edison pencita unggul. menenpuh rintangan sangup bekerja dengan Mr Edison sebagai budak suruhan, tetapi dia bertekad bahawa dia mahu menjadi rakan kongsi perniagaan bukan nya pekerja. Setelah lima tahun berkerja dia akhirnya berjaya meyakinkan Mr Edison dia mamapu menjual rekaan terbaru dan berjaya menjadi rakan kongsi perniagaan. Cuba bayangkan jika dia cepat mengalah dan pada tahun ke empat dia berenti dan balik kampung apa jadi dengan si Edwin ni mesti aku pun tak kenal dia dan tak nak aku tulis pasal dia dalam blog aku ni.

       Kita mesti mempunyai matlamat dan keinginan untuk berjaya dan tiada jambatan di belakang kita sebab kita dah robohkan(pandai ke bang***)  dan kita mesti menuju kedepan no U turn. Tapi cikgu sejarah pulak suruh kita tengok belakang suka hati ko orang lah nak tengok ke tak, aku nak smbung baca buku si Napolian Hill

"SAYA KAYA DAN BERJAYA"

        

Monday, February 14, 2011

Saya Kaya dan Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            "Saya Kaya dan Berjaya" Setiap kata kata itu adalah satu doa lagi kerap kita bercakap mengenainya lagi kuat minda kita mempercayainya, bila minda kita mempercayainya ia akan diterjemahkan kepada perbuatan. Bila semua ini kita satukan barulah kita jadi berjaya.  Oleh itu mari kita mendoakan untuk diri kita setiap hari.

             Ini apa yang saya dapat semasa saya pergi ke Seminar Kenali Pontensi Diri  (SKPD) 2011 baru baru ini. Seminar ini telah mengejutkan saya dari lena kerana telah mengabaikan tangungjawap terhadap diri saya. Jadi mulai dari sekarang mari kita sama-sama mendoakan kekayaan dan kejayaan sesama kita "anda kaya dan berjaya"  Satu lagi yang saya belajar orang berjaya lihat masalah itu satu peluang serta mereka jarang menagguhkan perkerjaan dan mereka buat sehingga habis.

         Ini juga ada kaitan dengan entri yang saya buat sebelum ini Gambar XXX gambar tu sebenarnya gambar lampu atau gelas bukanlah gambar peha atau XXX saja jer buat gempak tapi entri tu membuatkan kita berfikir dengan cara yang berbeza. Saya mintak maaf la kalau ada yang tersinggung yer terutama kaum hawa

SALAM MAULIDUR RASUL

Sunday, February 6, 2011

GAMBAR XXX

GAMBAR APAKAH INI 





Kali ini marketing nak test anda semua gambar apakah ini, Ia penting untuk mengetahui cara kita berfikir apabila di beri peluang adakah kita melihat dari satu sudut sahaja atau kita kita lihat dari pelbagai sudut.

      Jadi kita seharusnya dapat melihat peluang yang datang pada kita itu dengan cara Kreatif dan bukan negatif, Kerana jika kita lihat dari segi negatif kita akan terlepas peluang keemasan, kerana peluang hanya datang sekali sahaja , Jadi fikir dengan betul jgn buat kesilapan semasa membuat kepusan dan berpegang pada keputusan tersebut.

    Ini penting kerana langkah kita bermula dengan langkah pertama. dan perancangn yang kita susun, Jika kita sendiri tidak yakin pada keputusan yang kita buat macam mana dengan orang lain. Jadi JOM Buat Homework Gambar apakah diatas ???


Friday, January 28, 2011

Tiga Belas Rahsia Dalam Jualan

Tiga Belas Rahsia Dalam Jualan

Franklin Lyle (Frank) Bettger (1888 – 1981) adalah seorang pengarang buku dan jurujual terhebat dizamannya. Dia hanya seorang permain besbol Major League dengan St. Louis Cardinals dalam tahun 1910 di bawah nama Frank Betcher. Selepas menamatkan kerjaya besbolnya Frank Bettger, telah menjadi jurujual tersohor.

Bagaimana, dengan mengamalkan tiga belas rahsia-rahsia ini untuk menukar kerjaya biasanya sebagai jurujual kepada SUPER SALEMAN dan menjadi MENTOR serta penulis yang Berjaya. Bettger telah menjadi jurujual yang amat Berjaya. Beliau ingin berkongsi rahsia kejayaan dan telah menjadi seorang pengarang buku-buku yang terlaris BEST SELLER “How I Raised Myself from Failure to Success in Selling”, “How I Multiplied My Income” dan “Happiness in Selling”.

“How I Raised Myself from Failure to Success in Selling” telah diterjemahkan ke dalam atas satu dozen bahasa, termasuk Hungary, Portugis, Perancis, Denmark, Jerman, Poland, Sweden, Sepanyol, Serbia, Jepun, Belanda, bahasa Inggeris Britain, Norway, Itali dan bahasa Finland.

Jadi di sini ialah "Thirteen Secrets To Success In Sales" dari Frank Bettger:

#1 – Keghairahan
Jika anda tidak FEEL lebih baik berhenti,Dengan Menggandakan keghairahan anda dan anda akan menggandakan rezeki anda
.
#2 – Order (organisasikan diri sendiri)
Memperuntukkan masa untuk merancang bagaimana anda akan menggunakan masa anda. Fikirkan apa yang paling penting, dan melakukan perkara-perkara penting dahulu .

#3 – Fikir soal kepentingan lainnya
Ketahui apa prospek anda mahu. Tunjukkan atau beritahu dia bagaimana ia. Boleh di capai

#4 – Soalan
Biarkan prospek anda persoalakan anda, dan anda akan mengetahui kehendak pelangan anda.

#5 – Isu utama
Mencari keperluan asas atau kehendak utama prospek. Kemudian berikan tumpuan dan focus pada ia! Tanya “mengapa” dan “memberi nilai tambah tambahkan kepada produk” apabila menemuinya

#6 – Silence (mendengar)
Pendengar yang baik adalah magik dalam menjual. Mendengar dengan penuh minat dapat mengenal pasti masalah dan keperluan!

#7 – Sincerity (keyakinan)
Jika anda tidak mempercayai apa yang anda jual, bagaimana pula dengan prospek anda. Beri prospek anda perkhidmatan sebagaimana yang anda mahu.

#8 – Pengetahuan perniagaan.
Sentiasa menambahkan ilmu dan belajar tentang perniagaan anda.

#9 – Penghargaan dan pujian
Tunjukan kepada pelangan anda dengan mempercayai mereka dan memikirkan perkara yang hebat. Tapi jangan keterlaluan dan hanya beri mereka penilaian jujur anda.

#10 – Smile (kebahagiaan)
Tersenyum berikan senyuman terbaik kepada semua orang. Fikirkan semua benda-benda yang baik,hebat yang anada telah capai dan anda perlu bersyukur untuk itu dan senyuman. Dunia akan tersenyum bersama anda.

#11 – Mengingati nama-nama dan muka
Dengan mengigatkan wajah dan nama prospek. Kemudia berbuallah dengan membayangkan prospek.berada didepan anda.

#12 – Perkhidmatan dan tinjauan
Jaga mereka dan mereka akan jaga anda. Lakukan pada semua prospek anda, amat penting untuk menjaga hubungan anda pelangan.

#13 – Penutup jualan (tindakan)
Diteruskan melalui proses jualan – Perhatian, Kepentingan, Keinginan, Penutup. Buat kesimpulan selepas penerangan anda dengan menayakan SOALAN MAGIK “Bagaimana anda menyukai nya”


INI ADAH 13 amalan yang dilakukan anda bagaimana "Adakah anda menyukai EENTRI KALI INI"

Sunday, January 23, 2011

AKU GIAN

       Setelah hampir 4 tahun aku tak sentuh akhirnya aku tewas jugak aggghhh tensionnya, alangkah nikmatnya bila dapat benda ni aku rasa hampir separuh masalah aku hilang, semua tension aku hilang aku tahu benda tu membazir tapi aku tak dapat menahan godaan aku mangsa keadaan akuuu berada ditempat dan masa yang silap aku menyesal tapi apa kan daya nasi sudah jadi bubur sedap la jugak makan
      
      WOIII apa aku melalut ni saja lepas tension sebab aku punya streamix mengalami pelembapan yang melampau apa yang aku tahu seluruh pulau pinang pun terkena. Sebenar nya aku gian nak MAIN STAR CRAFT II(SC) yang baru keluar Piret aku jalan jalan kat town sebab tekanan tak leh nak online (alasan) termasuk pulak dalam kedai game(lagi alasan) ternampak pulak taukey kedai tu main SC (lagi dan lagi alasan) teringat pula zaman belajar dulu masa SC ni jadi KEGILAAN jap dengan aku sekali terkena lebih dari angau dah bagun tidur SC makan pun teringat SC, sangup tidur lewat sebab main SC, sangup tak mandi angau tahap apa tah masa tu siap buat LAN lagi. Kawan kawan aku siap ada tournament lagi.

      Sekarang aku terkena lagi angau kali kedua tapi tak le teruk sangat sebab dah ada bini. Tapi kena sound la jugak. Tapi tahniah la kepada pembuat STAR CRAFT kau orang berjaya dengan MARKETING kau orang mengeluarkan cerita cerita sensasi dan membuat kan peminat fanatik menungu lebih kuang 4 tahun untuk bermain versi terbaru aku lupa diri kejap. STAR CRAFT punya grafik aku tabik la memang yang terganas dan zalim la

    Tapi aku kagum la kat dia orang ni sebab berjaya menyekat PIRET dari bermaharaja sebab diaorang ada stategi yang bagus mereka melepaskan CD untuk di download tapi mereka hanya bagi intro saja (Camping) tu pun hanya TERRAN sahaja yang dilepas kan dahulu kalau nak main DEATH MATCH kena ada key untuk bukak dan baru boleh bermain . Tapi aku tahu pakar pakar HAC sentiasa cari jalan untuk mengHAC SC setakat ni aku belum jumpa yang full version punya


GRAFIK DETAIL GILA

Monday, January 17, 2011

IKLAN BANER PERCUMA

IKLAN BANER PERCUMA

JOM JOM cepat cepat  jangan terlambat IKLAN BANER SECARA PERCUMA YA BETUL PERCUMA...  PERCUMA Bagaimana untuk mendapatkannya.

Setiap Penyertaan GIVEAWAY ini akan diberi tapak IKLAN BANER 125 x 125 SIDE BAR di BLOG INI selama 3 bulan secara percuma jika ENTERY anda adalah unik dan tidak sama dengan ENTERY blog lain jadi REBUT PELUANG dan jadi orang PERTAMA dengan Entery  PERTAMA sebelum ada blog lain menulis mengenai entery tersebut.

Thursday, January 13, 2011

DR AZIZAN OSMAN PAKAR PEMASARAN

Program Transformasi Diri – Dr Azizan Osman
Sempena Tahun Baru 2011
10,000 Tiket Percuma*

(Sebelum 17 Januari 2011)
Rahsia bagaimana untuk mengenali serta menguasai potensi sebenar diri anda serta keluarga anda supaya berubah menjadi lebih berjaya di dalam kerjaya, perniagaan serta merubah kehidupan kepada menjadi “magnet kejayaan”?

1.Bagaimana untuk mengenali potensi diri mereka serta ahli keluarga mereka?

2.Bagaimana untuk meningkatkan potensi diri mereka untuk lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan mereka?

3.Bagaimana mereka boleh lebih mudah mengenali perwatakan orang sekeliling mereka seperti suami/isteri, anak-anak, pekerja, majikan supaya lebih mudah untuk berkomunikasi dan bekerjasama?

4.Bagaimana untuk merancang serta mencapai matlamat atau impian hidup?

5.Bagaimana untuk berhadapan dengan cabaran hidup serta memperbaikinya?

SIAPAKAH DR AZIZAN OSMAN YANG MUNGKIN ANDA BELUM KETAHUI?



1.Terlibat sebagai pengurus projek pemasaran dan pengiklanan bermula pada tahun 2001 dibawah prinsipalnya, syarikat pemasaran & pengiklanan antarabangsa beribu-pejabat di London, United Kingdom (www.cobragroup.com) .
Pernah diberi tanggungjawab oleh prinsipalnya untuk menjalankan projek “outsourced” pemasaran dan jualan untuk portfolio syarikat besar di dalam industri perbankan, telekomunikasi dan program kutipan dana untuk kebajikan

 2.Beliau mencipta fenomena dan gimik pemasaran dengan kontroversi “Workshop Rahsia Tarikh Lahir” yang menjadi perhatian banyak pihak yang “melatah” kononnya ia meramal nasib sedangkan ia sebenarnya disahkan tidak ada kena mengena dengan meramal nasib atau menilik nasib sebagaimana yang disimpulkan di dalam majlis mesyuarat panel JAKIM (Jabatan Akidah) setelah perbincangan dengan beliau pada bulan Dis 2010 di
Beliau menjadi ikon, inspirasi dan pemimpin untuk program berbentuk seminar atau bengkel di Malaysia kerana keupayaannya menarik puluhan ribu peserta dalam masa yang singkat.

3.Beliau merupakan ahli kepada Institute of Marketing Malaysia (IMM) dan mempunyai syarikat agensi pengiklanan yang di akreditasi dibawah NSTP, Media Prima, AMP Radio, Utusan Media dan banyak lagi. Beliau merupakan pakar perunding pemasaran dan pengiklanan serta penasihat AMP (Advertising, Marketing & Promotions) untuk beberapa buah syarikat terkemuka di Malaysia.

AKU DAH DAPAT TIKET KOORANG BILA LAGI

Tuesday, January 11, 2011

GIVEAWAY PERTAMA

SELAMAT DATANG KE GIVEAWAY JOMMARKETING YANG PERTAMA

Dengan ini secara  rasminya...MARKETING akan mengadakan  GIVEAWAY
Kepada semua blogger MALAYSIA.

IA akan berlangsung selama 2 bulan bermula Dari hari ini 11.1.11 sehingga 12.3.11

 Jika berminat untuk menyertai  mudah saja!!! semudah 3 LANGKAH dibawah ..

WAJIB BUAT!!

1. Follow blog MARKETING ni!!
(nanti senang update pemenang dan update hadiah tambahan jika ada)




2. Mesti copy banner di atas dan letakkan di entry ANDA.
banner di atas juga perlu di linkkan ke entry ni!


 http://jommarketing.blogspot.com/2011/01/giveaway-pertama.html

ATAU COPY DAN PASTE KAN
BUAT ENTRY = mengenai bagimana anda promosi blog anda kalau boleh cara lain dari yang lain yang pernah anda buat (UNIK) Kerana pemenangnya akan ditentukan bedasarkan betapa gilanya cara anda promosikan BLOG anda.


3.Tinggal comment dan link entry anda pada comment senang saya nak jenguk ENTRY  blog anda. Semua Entry akan digabungkan dan dijadikan sebuah EBOOK dan akan diedar secara PERCUMA nama dan blog anda juga akan dicatatkan bersama Entry yang anda buat (Promosi Percuma) untuk panduan dan IDEA untuk NEWBIZ belajar


TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI GIVEAWAY INI.


HADIAH

SEBUAH JAM “LIMITED EDITION”

PEMENANG akan mendapat SEBUAH JAM “LIMITED EDITION” satu dalam DUNIA (seperti dalam baner) akan di poskan kepada PEMENANG atau kepada kekasih/Ibu/Ayah/Kakak/ mengikut kehendak pemenag. Sesuai untuk mencairkan hati kekasih sempena HARI LAHIR, Ulang Tahun Perkahwinan atau TARIKH LAIN yang penting. Hanya terdapat satu dalam DUNIA Kerana  merupakan JAM BUATAN TANGAN

+

Promosi Percuma

(Promosi Percuma)Semua Entry akan digabungkan dan dijadikan sebuah EBOOK dan akan diedar secara PERCUMA nama dan blog anda juga akan dicatatkan bersama Entry yang anda buat  untuk panduan dan IDEA untuk NEWBIZ belajar

+

IKLAN BANER PERCUMA 3 BULAN

Setiap Penyertaan GIVEAWAY ini akan diberi tapak IKLAN BANER 125 x 125 SIDE BAR di BLOG INI selama 3 bulan secara percuma jika ENTERY anda adalah unik dan tidak sama dengan ENTERY blog lain jadi REBUT PELUANG dan jadi orang pertama dengan Entery  PERTAMA sebelum ada blog lain menulis mengenai entery tersebut


JIKA TERDAPAT PENYERTAAN YANG MENGALAKAN hadiah YANG HEBAT TURUT DITAMBAH



I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday, January 10, 2011

BACA & DAPAT DUIT

DAku nak kongsi peluang dengan semua yang suka membaca untuk mendapat pendapatan tambahan. Ada satu program yang menawarkan duit untuk membaca artikel dan apa yang menariknya pendaftaran percuma. Pendaftarannya mudah dan tidak rumit. tetapi awas jangan sekadar klik saja artikel kemudian menutup artikel tersebut kerana kita mempunyai LOG masa dengan berapa lama kita ambil untuk membaca artikel berkenaan. Anda boleh Klik Baner di bawah ini untuk menyertai JOM JOM !!!!