Wednesday, March 16, 2011

PEMENANG GA PERTAMA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Terima kasih kepada semua blger yang menyertai First Ga JOMMARKETING setap pertandingan mesti ada pemenang nya kan jadi sekarang saya ingin mengumumkan pemenang Giveaway ialah ,,,,,,,,,ffairyku-bebas.blogspot.com/. kerana ia menepati semua aspek yang diperlukan terima kasih kerana berkongsi dengan saya cara anda marketing kan blog anda 


di sini saya ingin memohon maaf kerana terpaksa ambil sedikit masa untuk uplopad iklan baner semua perserta Ga ini disebab kan masalah teknilal my lappy (laptop) masuk hospital demam (ada virus) not from internet but from my friend thumb drive aghh tensionnya tak bess guna lappy orang lain nak edit baner tu. mintak maaf sesangat sangatnya bila dah dapat lap top saya tu saya akan buat seberapa segera di harap fairyku bebas dapat memberikan alamat lengkapnya pada saya utuk urusan penghantaan hadiah dengan SMS saya di 0195594704 sms dari orang lain tidak akan dilayan aaahhakk 
di harap fairyku bebas dapat sms segera ok tq. LUV u ALL 

Sunday, March 13, 2011

GA PERTAMA TAMAT PADA 12am 12.3.2011

Marketing nak mengucapkan terima kasih kerana menyertai GA Pertama Jommarketing yang bermula pada 11.11 pm 11.1.11 dan tamat pada 12 am 12.3.2011 dengan ini tamat secara rasminya.Pemenang akan di hubungi di blognya. dan seperti yang di janjikan ruang iklan percuma akan diberikan kepada peserta tetapi mengambil masa sedikit kerana saya perlu mengedit baner mereka. Hadiah akan di poskan kepada pemenang pada hari selasa kerana saya terpasa pergi ke Kuala lumpur untuk menghantar ayah dan ibu saya ke KLIA pergi membuat Umrah pada hari Isnin ni. Mari lah kita mendoakan agar mereka selamat pergi dan selamat kembali Amin. Nantikan lah blog pemenang nya pada hari Selasa 14.3.2011 ni untuk keputusan Rasmi  Sekali lagi saya nak mengucapkan Ribuan terima kasih kerana sudi menyertai GA saya yang tak seberapa ni.

GA PERTAMA JOM MARKETING TAMAT !!!!

Friday, March 11, 2011

Mai mai murah murah.

        Ha apa pulak yang aku nak jual ni, apa benda yang ko orang rasa laku sangat la untuk di jual secara part time terutama hari sabtu, kalau kat Penang hari hari laku ahaahak, kalu aku jual 10 sen fuuhhh macam pisang goreng panas beb.

       Nak tau tak jawapan nya ialah beg plastik, memang betul kerajaan buat hari tanpa beg plastik (Sabtu). Tapi kita mesti fikir juga kepentingan pelangan ni, keselesaan pelangan untuk membeli belah. Kerajaan mesti fikir cara lain untuk mengantikan beg plastik bukan dengan mengharamkan beg plastik. Sebab dengan cara ini mereka akan menguntungkan pusat membeli belah kerana jika kita mahu beg plastik kita kena tambah 20 sen untung berganda la pusat membeli belah ni dah lah tak payah nak fikir pasal bujet plastik dapat lagi siteincome lain la pulak tu siap da produk baru lagi. (beg plastik)

         Recyclable paper bags, compostable plastic bags and reusable bags. adalah option pihak kerajaan untuk mengharamkan beg plastik bukan nya dengan mendenda pengguna lepas tu bagi beg plastik balik. kurang bijak langkah yang diambil oleh kerajaan. untuk kempen selamatkan alam sekitar. Kerajaan boleh menguatkuasakan penggunaan paper beg seperti negara maju sekarang, jika boleh atau lagi baik menggunakan compostable plastic bags.

        Memang betul kerajana ada menyatakan denda 20 sen tu akan disalurkan kebadan pemuliharaan alam sekitar tapi adakah kesemua denda ini akan diberi oleh pemilik kedai kepada kerajaan ini disebabkan tiada rekod berapa jumlah denda yang dikutip mungkin separuh daripada duit tu masuk poket pemilik kedai berkenaan untung atas angin jer banyak lagi yang kita boleh buat untuk menjaga alam sekitar.


      Aku pergi shoping kat penang hari tu mula mula aku pergi Parkson kena denda 2o sen sebb nak beg plastik. lepas tu aku pergi Jusco dia orang bagi beg kertas dan tak kena denda, mana yang boleh selamatkan bumi fikir fikir kan lah mana lagi bagus denda dan bagi beg plastik atau bagi beg kertas terus tak kena denda jadi jom la kita pergi ke JUSCO untuk bershoping.



Thursday, March 3, 2011

Rm 200 untuk blogwalking

Assalamualikum & Salam Sejahtera

         Ada ke orang nak bagi duit masa kita blogwalking ???  Nak tahu macam mana boleh dapat duit masa blogwalking, saya beritahu rahsia kepada anda semua. Anda boleh sertai apa yang dikenali sebagai



dan apa yang penting ......... ia percuma. Senang nak register cuma klik baner kat atas ni dan isi kan maklumat anda dan anda mesti ada akaun PAY PAL untuk penebusan (REDEEM) bila duit dah cukup nanti. Ok program ni bedasarkan kita baca kita rate(nilai) kita dapat duit YUP betul tu baca dan dapat duit. Penganjur dapt duit dari pengiklan dan kita dibayar untuk membaca artikel yang hebat sambil melihat iklan bijakkan program ni.



Snap shot ni menunjukan banyaknya iklan menyertai program ni,



satu lagi duit yang saya dah kumpul sepanjang saya menyertai nya dan nilai nya adalah dalam USD. Saya pernah tulis mengenai program ni dulu "baca dan Dapat DUIT" saya ada menulis mengenai time log dimana terdapat satu rekod menunjukan berapa lama kita baca satu satu artikel tersebut. Jadi apa yang saya buat ialah saya akan baca artikel yang menarik sahaja jika artikel tu kurang memuaskan saya akan berblogwalking lebih kurang 4-5 minit saya Rate dan saya baca artikel seterusnya.

Wednesday, February 23, 2011

FIKIR dan JADI KAYA

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera

FIKIR pun boleh jadi kaya ???

          "Think and Grow Rich" buku klasik mengenai rahsia kekayaan diterbitkan pada 1937 tuuuuu diaa hampir 74  tahun dah. Ia merupakan buku jualan terbaik (Best Sealer) semenjak ia diterbitkan. Ditulis oleh Napoleon Hill bedasarkan pengalaman selama 20 tahun bersama dengan orang yang berjaya. Buku ini mengandungi 13 bab mengenai rahsia kejayaan lebih kurang 235 muka surat mak aaiii tebal tu.

          Saya baru habis bab pertama ahahaha baru satu bab jer dah nak buat review, tapi teruja dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Membuatkan nak baca bab seterusnya, buku ini telah dibaca oleh ramai jutawan didunia ini Bill Gate, Trump, Steve Jobs, Warren Buffet dan jutawan jutawan malaysia Dr Azizan, Irfan Khairi, pun ada mencadangkan supaya baca buku ini. Setelah puas mencari ahirnya jumpa juga dalam bentuk Ebook nanti saya akan up load kan di sini supaya kita semua boleh manafaatkan kebaiakn buku ini.


Mamat Napoleon Hill tgh gambar sendiri kat dalam buku sendiri.


          Bab pertama mengenai keinginan (Desire) menceritakan jika seseorang itu mempunyai keinginan yang tinggi dan sanggup buat apa saja untuk merealisasikan impian dia pasti berjaya, insyaAllah sebagai contoh Edwin C Barnes mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Thomas Edison pencita unggul. menenpuh rintangan sangup bekerja dengan Mr Edison sebagai budak suruhan, tetapi dia bertekad bahawa dia mahu menjadi rakan kongsi perniagaan bukan nya pekerja. Setelah lima tahun berkerja dia akhirnya berjaya meyakinkan Mr Edison dia mamapu menjual rekaan terbaru dan berjaya menjadi rakan kongsi perniagaan. Cuba bayangkan jika dia cepat mengalah dan pada tahun ke empat dia berenti dan balik kampung apa jadi dengan si Edwin ni mesti aku pun tak kenal dia dan tak nak aku tulis pasal dia dalam blog aku ni.

       Kita mesti mempunyai matlamat dan keinginan untuk berjaya dan tiada jambatan di belakang kita sebab kita dah robohkan(pandai ke bang***)  dan kita mesti menuju kedepan no U turn. Tapi cikgu sejarah pulak suruh kita tengok belakang suka hati ko orang lah nak tengok ke tak, aku nak smbung baca buku si Napolian Hill

"SAYA KAYA DAN BERJAYA"

        

Monday, February 14, 2011

Saya Kaya dan Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            "Saya Kaya dan Berjaya" Setiap kata kata itu adalah satu doa lagi kerap kita bercakap mengenainya lagi kuat minda kita mempercayainya, bila minda kita mempercayainya ia akan diterjemahkan kepada perbuatan. Bila semua ini kita satukan barulah kita jadi berjaya.  Oleh itu mari kita mendoakan untuk diri kita setiap hari.

             Ini apa yang saya dapat semasa saya pergi ke Seminar Kenali Pontensi Diri  (SKPD) 2011 baru baru ini. Seminar ini telah mengejutkan saya dari lena kerana telah mengabaikan tangungjawap terhadap diri saya. Jadi mulai dari sekarang mari kita sama-sama mendoakan kekayaan dan kejayaan sesama kita "anda kaya dan berjaya"  Satu lagi yang saya belajar orang berjaya lihat masalah itu satu peluang serta mereka jarang menagguhkan perkerjaan dan mereka buat sehingga habis.

         Ini juga ada kaitan dengan entri yang saya buat sebelum ini Gambar XXX gambar tu sebenarnya gambar lampu atau gelas bukanlah gambar peha atau XXX saja jer buat gempak tapi entri tu membuatkan kita berfikir dengan cara yang berbeza. Saya mintak maaf la kalau ada yang tersinggung yer terutama kaum hawa

SALAM MAULIDUR RASUL

Sunday, February 6, 2011

GAMBAR XXX

GAMBAR APAKAH INI 





Kali ini marketing nak test anda semua gambar apakah ini, Ia penting untuk mengetahui cara kita berfikir apabila di beri peluang adakah kita melihat dari satu sudut sahaja atau kita kita lihat dari pelbagai sudut.

      Jadi kita seharusnya dapat melihat peluang yang datang pada kita itu dengan cara Kreatif dan bukan negatif, Kerana jika kita lihat dari segi negatif kita akan terlepas peluang keemasan, kerana peluang hanya datang sekali sahaja , Jadi fikir dengan betul jgn buat kesilapan semasa membuat kepusan dan berpegang pada keputusan tersebut.

    Ini penting kerana langkah kita bermula dengan langkah pertama. dan perancangn yang kita susun, Jika kita sendiri tidak yakin pada keputusan yang kita buat macam mana dengan orang lain. Jadi JOM Buat Homework Gambar apakah diatas ???