Assalamualaikum & Salam Sejahtera
HAAA boring betul la aku sekarang ni banyak betul la barangan Fake (TIRUAN) ni di pasaran mengapa ini berlaku. Jawapan nya senang aje PERMINTAAN atau demand yer kerana permintaan yang banyak dan pengeluaran nya kurang ataupun mahal maka ramailah yang mengambil kesempatan. Maka berlakulah lambakan barangan tiruan ni.
Kalau peniaga yang jujur tak apa ni ada sesetengah tu yang ambil kesempatan terhadap pengguna dengan mengatakan barangan ni ori dan menjualnya dengan harga ori. Kalau tak berhati hati kita akan terkena dengan peniaga kejam Kita walaupun tahu mengenai barangan tiruan ni tapi kita kadangkala terlepas pandang contoh Handphone berapa ramai yang benar benar tahu mengenai ORI atau AP kalau ori pun berapa ramai yang tahu Casesing Ori atau telah di tukar, bateri yang ori atau local dan Headset. Kadang kala terdapat peniaga yang rakus dia menukar semua aksesori handphone ni dengan tiruan dan menjual aksesori yang ditukar kan tadi sebagai barangan aksesori. sekarang ni ramai pakar tiru dan teknologi canggih






