Wednesday, February 23, 2011

FIKIR dan JADI KAYA

 Assalammualaikum & Salam Sejahtera

FIKIR pun boleh jadi kaya ???

          "Think and Grow Rich" buku klasik mengenai rahsia kekayaan diterbitkan pada 1937 tuuuuu diaa hampir 74  tahun dah. Ia merupakan buku jualan terbaik (Best Sealer) semenjak ia diterbitkan. Ditulis oleh Napoleon Hill bedasarkan pengalaman selama 20 tahun bersama dengan orang yang berjaya. Buku ini mengandungi 13 bab mengenai rahsia kejayaan lebih kurang 235 muka surat mak aaiii tebal tu.

          Saya baru habis bab pertama ahahaha baru satu bab jer dah nak buat review, tapi teruja dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Membuatkan nak baca bab seterusnya, buku ini telah dibaca oleh ramai jutawan didunia ini Bill Gate, Trump, Steve Jobs, Warren Buffet dan jutawan jutawan malaysia Dr Azizan, Irfan Khairi, pun ada mencadangkan supaya baca buku ini. Setelah puas mencari ahirnya jumpa juga dalam bentuk Ebook nanti saya akan up load kan di sini supaya kita semua boleh manafaatkan kebaiakn buku ini.


Mamat Napoleon Hill tgh gambar sendiri kat dalam buku sendiri.


          Bab pertama mengenai keinginan (Desire) menceritakan jika seseorang itu mempunyai keinginan yang tinggi dan sanggup buat apa saja untuk merealisasikan impian dia pasti berjaya, insyaAllah sebagai contoh Edwin C Barnes mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Thomas Edison pencita unggul. menenpuh rintangan sangup bekerja dengan Mr Edison sebagai budak suruhan, tetapi dia bertekad bahawa dia mahu menjadi rakan kongsi perniagaan bukan nya pekerja. Setelah lima tahun berkerja dia akhirnya berjaya meyakinkan Mr Edison dia mamapu menjual rekaan terbaru dan berjaya menjadi rakan kongsi perniagaan. Cuba bayangkan jika dia cepat mengalah dan pada tahun ke empat dia berenti dan balik kampung apa jadi dengan si Edwin ni mesti aku pun tak kenal dia dan tak nak aku tulis pasal dia dalam blog aku ni.

       Kita mesti mempunyai matlamat dan keinginan untuk berjaya dan tiada jambatan di belakang kita sebab kita dah robohkan(pandai ke bang***)  dan kita mesti menuju kedepan no U turn. Tapi cikgu sejarah pulak suruh kita tengok belakang suka hati ko orang lah nak tengok ke tak, aku nak smbung baca buku si Napolian Hill

"SAYA KAYA DAN BERJAYA"

        

Monday, February 14, 2011

Saya Kaya dan Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

            "Saya Kaya dan Berjaya" Setiap kata kata itu adalah satu doa lagi kerap kita bercakap mengenainya lagi kuat minda kita mempercayainya, bila minda kita mempercayainya ia akan diterjemahkan kepada perbuatan. Bila semua ini kita satukan barulah kita jadi berjaya.  Oleh itu mari kita mendoakan untuk diri kita setiap hari.

             Ini apa yang saya dapat semasa saya pergi ke Seminar Kenali Pontensi Diri  (SKPD) 2011 baru baru ini. Seminar ini telah mengejutkan saya dari lena kerana telah mengabaikan tangungjawap terhadap diri saya. Jadi mulai dari sekarang mari kita sama-sama mendoakan kekayaan dan kejayaan sesama kita "anda kaya dan berjaya"  Satu lagi yang saya belajar orang berjaya lihat masalah itu satu peluang serta mereka jarang menagguhkan perkerjaan dan mereka buat sehingga habis.

         Ini juga ada kaitan dengan entri yang saya buat sebelum ini Gambar XXX gambar tu sebenarnya gambar lampu atau gelas bukanlah gambar peha atau XXX saja jer buat gempak tapi entri tu membuatkan kita berfikir dengan cara yang berbeza. Saya mintak maaf la kalau ada yang tersinggung yer terutama kaum hawa

SALAM MAULIDUR RASUL

Sunday, February 6, 2011

GAMBAR XXX

GAMBAR APAKAH INI 





Kali ini marketing nak test anda semua gambar apakah ini, Ia penting untuk mengetahui cara kita berfikir apabila di beri peluang adakah kita melihat dari satu sudut sahaja atau kita kita lihat dari pelbagai sudut.

      Jadi kita seharusnya dapat melihat peluang yang datang pada kita itu dengan cara Kreatif dan bukan negatif, Kerana jika kita lihat dari segi negatif kita akan terlepas peluang keemasan, kerana peluang hanya datang sekali sahaja , Jadi fikir dengan betul jgn buat kesilapan semasa membuat kepusan dan berpegang pada keputusan tersebut.

    Ini penting kerana langkah kita bermula dengan langkah pertama. dan perancangn yang kita susun, Jika kita sendiri tidak yakin pada keputusan yang kita buat macam mana dengan orang lain. Jadi JOM Buat Homework Gambar apakah diatas ???