Saturday, April 2, 2011

Senjata peniaga Kecil

Assalamualikum dan salam sejahtera




Fuhh dah lama jugak saya tak update blog saya ni ok seperti yang saya janjikan dulu dalam perang pemasaran apa yang peniaga kecil mampu lakukan. Sejata pertama adalah sosial .... bukan gejala sosial yerr. ni maksudnya perhubungan antara peniaga dan pelangan. Peniaga kecil lebih mesra dengan pelangan kadang kala seperti saudara dekat ini dapat membantu jualan semula dimana mereka sudah menjadi pelangan tetap jika kita pandai menjaga mereka tidak mustahil mereka tidak lari ke tempat lain.



       Senjata kedua adalah perkhidmatan Peniaga Kecil boleh memberi perkhidmatan delevery atau pun menerima pesananan Email, SMS ataupun telefon ini bagi memudahkan pelanggan dan  memuaskan hati pelangan ini kerana kita semakin sibuk dengan pekerjaan kadang kala tu pukul 11 baru balik ke rumah jadi jika kita ada perkhidmatan delevery kita pasti akan deicari. Kita juga boleh menanbahkan jualan dengan membuat cross sale iaitu sebelum pelangan membuat pembayaran kita beri mereka produk tambahan yang membuatkan produk utama lebih berkesan atau kita berikan tawaran hebat.

       Satu lagi yang boleh kita gunakan ialah blog untuk berkongi kemahiran kita dengan pelangan kita juga boleh membuat jualan dengan memberikan mereka info mengenai tool yang boleh menyenangkan kerja mereka atau memberi perkidmatan untuk memudahkan mereka seperti Design website, Baner, Heade, Name card, Flyer.

      Kita juga boleh buat flyer murah dengan desing sendiri dan print sendiri.dan di edarkan di tempat tumpuan orang ramai. kita juga boleh buat sticker kereta dan diedarkan kepada adik beradik saudara mara rakan rakan. kita juga boleh gunakan radio buruk untuk menyebarkan aktiviti kita setiap organisasi baik di pejabat, kilang, sekolah, kampung  mesti ada pemberita CNN yang akan menyebarkan berita panas dendan pantas jadi gunakan mereka ini sebagai medium hebahan kita. dengan syarat kita  mesti bagi  panas lagi sensasi berita kita tu.

    Free gift ni semua orang sukakan walaupun hanya sekotak tissu pelangan pasti akan ingat kita lebih lebih lagi jika kita beri secara suprise. Kita juga boleh berikan hadiah sewaktu hari lahir pelangan kita mesti menghargai kita. yup senjata peniaga kecil ialah tambat hati pelangan itu yang tidak dapat diberikan oleh peniaga besar.

0 comments: