Tuesday, December 28, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Jangan berasa bersalah, jika anda belum mampu menjual produk. Tidak ada yang salah dengan iklan yang anda buat. Kerana dalam kebanyakan kes tiada marketing yang benar benar berkesan kecuali marketing yang terkoordinasi.

Ketika saya menghadiri kursus berkenaan  strategi marketing, saya pernah ditanya, "Siapa pelanggan anda Siapa yang akan membeli produk anda??" saya menjawap yang saya tidak tahu siapa MUNGKIN 'semua orang' yang akan jadi pelangan saya.

Angapan seperti ini boleh menyebabkan keputusan yang salah, harga yang salah, strategi marketing yang salah - dan akhirnya, usaha anda juga gagal. Usahawan yang berjaya akan memahami bahawa terdapat beberapa golongan yang membeli produk atau perkhidmatan mereka. Tugasan seterusnya ialah menentukan, mendekatkan, mengenali siapa orang-orang (prospek), dan seterusnya 'menyasarkan'  golongan ini .

Dalam pada masa yang sama menyediakan pakej yang berlainan supaya dapat membesarkan prospek anda contoh PIZZA HUT yang dahulunya hanya peringat pertengahan dan atasan sahaja yang mampu sekarang mereka menyediakan set yang pelbagai untuk menarik semua golongan.

Dengan marketing strategi yang betul, ia tidak akan membawa masuk pelanggan yang ramai dalam semalam, jika anda melakukannya dan bekerja secara konsisten, anda akan melihat peningkatan pelanggan dan jualan. Anda juga daapt membina perniagaan, lebih kuat.

Salah satu yang perlu anda lakukan adalah untuk memperbaiki serta memahami produk atau perkhidmatan anda sehingga anda." Menjadi pakar! Selanjutnya, anda perlu memahami bahawa permintaan produk atau perkhidmatan bedasarkan kepada 3 pekara utama:

• Untuk memenuhi keperluan asas.
• Untuk mengatasi masalah.
• Untuk membuat mereka merasa baik.

Langkah seterusnya dalam mencipta strategi marketing yang berkesan adalah untuk menentukan  target pasaran anda.


Wednesday, December 22, 2010

APA ITU MARKETING

       Marketing ialah bagaimana memahami keperluan pelanggan-pelanggan anda dan membuat rancangan untuk memenuhi keperluan tersebut. Jadi mari kita jadi orang yang memiliki usaha serta  memiliki keinginan untuk mengembangkan perniagaan kita. Cara yang paling berkesan untuk tumbuh dan mengembangkan perniagaan anda adalah dengan fokus pada pertumbuhan semulajadi.
Anda boleh meningkatkan pertumbuhan secara semulajadi dalam empat cara yang berbeza. Mereka termasuk:

• Mendapatkan lebih banyak pelanggan
• Membuat setiap pelanggan untuk membeli  semula produk anda.
• Membuat setiap pelanggan untuk membeli produk lebih mahal atau dapat menjual pada setiap pelanggan
• Membuat setiap pelanggan untuk membeli lebih produk

        Keempat empat cara ini dapat  meningkatkan pendapatan serta keuntungan anda. TETAPI  saya amat menggalakkan anda untuk lebih fokus pada yang pertama iaitu mendapatkan lebih banyak pelanggan. Mengapa? Kerana dengan mendapat lebih ramai pelanggan anda dapat membesarkan pangkalan pelanggan anda dan pendapatan anda akan lebih besar jika cara kedua, ketiga dan keempat anda guna.Bagaimana anda boleh mendapatkan lebih ramai pelanggan?

• Luangkan masa untuk meneliti dan membuat rencangan pemasaran yang  strategik.
• Pelbagaikan  produk anda untuk memenuhi permintaan pelangan.
• Harga produk dan perkhidmatan anda kompetitif.
• Pelbagaikan teknik promosi .

Tuesday, December 21, 2010

CARA UNIK MARKETING

seperti mana yang kita ketahui kejayaan satu satu produk itu 80% bergantung dari Marketing yang berjaya dan unik.

1. Cetak iklan kecil pada poskad dan kirimkan ke prospek di pasaran yang disasarkan. Orang akan membaca poskad bila mesej itu singkat. Satu iklan kecil di poskad boleh drive trafic ke laman web anda dan menghasilkan jualan. Untuk Kos yang sangat kecil.




2. Marketing buddy
Guna untuk mempromosikan perniagaan anda. Contohnya, jika anda menghantar risalah, anda boleh merangkumi risalah dan / atau kad perniagaan perniagaan lain, yang telah bersetuju untuk melakukan hal yang sama untuk anda. Ini memberikan anda peluang untuk mencapai kolam baru semua pelanggan berpotensi.

3. Jawapan Telefon anda dengan nada Berbeza.
Cuba mengumumkan tawaran istimewa apabila anda menjawab telefon. Contohnya anda boleh berkata, "Selamat pagi, ini Ann Marie, Check It Out; Anda bertanya tentang tawaran marketing khusus saya." sudah tentu Pemanggil itu terpaksa bertanya tentang tawaran tersebut. Pastikan tawaran anda agresif untuk meningkatkan tanda tanya  pemanggil anda dengan memasukkan tarikh tamat yang tidak terlalu jauh.

4. Stick It!
Gunakan pelekat, setem dan nota tulisan tangan pada semua mel dan surat perniagaan sehari-hari. Ingat, apabila anda meletakkan mesej pelekat atau tulisan tangan pada bahagian luar sampul surat, ia mempunyai kesan dari billboard miniatur. Orang-orang membacanya terlebih dahulu, namun, mesej mesti pendek dan ringkas sehingga boleh dibaca dalam waktu kurang dari 10 saat.

5. Tawaran Kedua
Untuk Pelanggan Anda Segera Setelah Mereka membuat belian. Contoh Pelanggan hanya membeli sweater dari kedai pakaian anda. Segera Email,SMS, atau catatanb tulisan tangan untuk pelanggan anda berterima kasih kepada mereka atas pembelian mereka dan memberitahu mereka bahawa jika mereka kembali dengan "catatan ini" mereka boleh mendapatkan potongan, seperti 20% dari pembelian berikutnya. Untuk membuat ia lebih tetarik, jangan lupa untuk memasukkan tarikh luput.

8. Seminar rumah / terbuka
Hosting acara adalah cara yang bagus untuk mendapatkan masauntuk bersemuka dengan pelanggan utama dan prospek serta dapatkan mengenalkan nama syarikat anda serta produk anda. Dengan acara yang tepat, anda akan dikenali dengan tangapan yang bagus silap silap dapat liputan media.

9. Barter
Ini adalah alat yang sangat baik untuk mempromosikan perniagaan anda dan mendapatkan orang lain untuk menggunakan produk dan perkhidmatan anda. Anda boleh perdagangan produk anda untuk ruangan iklan atau untuk produk syarikat lain atau perkhidmatan.

Wednesday, December 15, 2010

PERKHIDMATAN BERSAMA JOM MARKETING


PERKHIDMATAN BERSAMA JOM MARKETING

SERVIS (1) : MENEMPAH BANER (GIF)/ HEADER BLOG (JPEG)

Sekiranya Anda Ingin Membuat Tempahan BANER/ HEADER BLOG, Harga Untuk Kiraan Satu Ialah


(saiz banner -lebar-) X  (saiz banner -tinggi- ) X RM0.0006
contoh Untuk saiz Banner 468 X 60 X RM0.0006 = RM16.80 Genapkan Jadi = RM16

Promosi Terhad : PERCUMA 1 bulan RUANG IKLAN Jika mempahan
Banner dengan pihak kami.


Jika berminat untuk menempah:

1.Hubungi saya melalui email atau SMS.
2.Sertakan Sekali maklumat maklumat berikut
3.URL WEBSITE sebagai rujukan.
4.Cadangan rekaan (jika ada)
5.Maklumat maklumat yang hendak dipaparkan di baner
SERVIS (2) : RUANG Iklan Untuk Disewa

SILA EMAIL/SMS MAKLUMAT diatas ke jasrul79@gmail.com 019-5594704
setelah saya design saya akan berikan sampel/contoh baner tersebut jika anda bersetuju dengan design saya akan berikan no akaun bank untuk tujuan pembayaran. Setelah pembayaran diterima barulah saya akan berikan baner tersebut.




Kami juga menyediakan ruangan Iklan untuk anda pada kadar yang berpatutan. Kos untuk Iklankan banner produk anda adalah seperti berikut:

RM 30 sebulan untuk satu banner bersaiz 125×125 (sidebar)
Terhad untuk 9 banner sahaja




RM 50 sebulan untuk satu banner bersaiz 468×60 (atas post)
Terhad untuk 3 banner sahaja

                                             ATAU

RM 20 sebulan untuk satu banner bersaiz 468×60 (bawah post)
Terhad untuk 3 banner sahaja



Cara-cara mengiklan:
1. Hubungi saya melalui email atau SMS.
2. Sertakan URL Baner jika ada / Attach kan baner berserta URL website
3. Nyatakan Tempoh untuk beriklan.
4. Jangan buat apa-apa pembayaran sebelum link/banner anda dinaikkan.

SILA EMAIL/SMS MAKLUMAT diatas ke jasrul79@gmail.com 019-5594704
setelah saya sahkan saya akan upload di blog ini. saya akan berikan no akaun bank untuk tujuan pembayaran


HIT THE RIGHT TARGET

Saturday, December 11, 2010

TAHUN BARU

TAHUN BARU AKAN MENJELMA adakah anda semua berpuas hati dengan  BUSINESS anda jika anda tidak berpuashati anda harus melakukan POST MORTEM dan   Adakah anda bersedia untuk memulakan? Cari tempat yang tenang, duduk dan meluangkan masa menilai dan menjawab soalan-soalan berikut:
• Apakah BUSINESS berjalan dengan baik untuk perniagaan saya di 2010?
• Apkah marketing saya berjalan dengan baik, tapi boleh dari dilakukan dengan lebih  baik di tahun 2010?
• Apakah marketing yang saya lakukan pada tahun 2009 yang tidak berjalan dengan baik sekali?
• Marketing yang saya lakukan pada tahun 2009 yang baik, prestasi yang baik kerana:
• Marketing yang saya lakukan pada tahun 2009 yang gagal, gagal kerana:
• Pada 90 hari berikutnya, saya mendefinisikan target pasaran saya sebagai? Adakah saya perlu menukar geografi yang disasarkan? Adakah saya mensasarkan tahap pendapatan yang berbeza atau demografi pelanggan? Adakah saya akan menyasarkan pengguna produk atau berorientasikan, pengguna servis atau kedua-duanya?
• Pada tahun 2010 pelanggan saya boleh ditakrifkan oleh target pasaran sebagai?
• Apa Cara marketing yang akan saya gunakan dalam 90 hari berikutnya dan mengapa?
• Saya benar-benar harus bekerja pada peningkatan, menumpukan atau menyemak semula mesej marketing saya.
• Pada 90 berikutnya-hari anggaran marketing saya akan?
Sekarang gunakan jawapan diatas dan gunakan untuk menyusun stategi marketing dalam 90 hari. Tetap tarikh mula anda, tarikh akhir anda dan apa yang akan anda lakukan di antara keduanya. Menilai secara mingguan bagaimana rancangan anda berjalan, membuat perubahan di mana anda perlu dan menyesuaikan apabila diperlukan. Bila anda telah merancang apa yang akan dilakukan pada 90 hari berikutnya anda akan mempunyai gambaran yang lebih jelas pada keutamaan, rancanagan kerja yang realistik, dan hasil yang anda  akan dapat.
Langkah terakhir, jangan lupa untuk memberitahu saya bagaimana rancangan marketing 90-hari berjalan untuk anda.

Tuesday, December 7, 2010

Lagi IDEA HEBAT

Sekarang ini FLYER Tak mampu mernarik lagi pelangan jika tidak melakukan secara berkala dan berpanjangan ini akan menyebabkan kos promosi meningkat. Jadi apakah Stategi yang kita boleh gunakan untuk mengantikan cara promosi ini. Untuk jangka masa panjang kita perlukan satu benda yang pelangan akan simpan walaupun tidak melambangkan produk kita tetapi cukup jika kita sertakan nama syarikat dan website kita ataupun no telefon.

1)  Contoh jika  kita berikan kalender mungkin pelangan akan gantung kan di dinding kedai beliau jika kita mampu desing dengan cantik tidak mustahil pelangan akan mengantungkan di tempat yang senang untuk dilihat. Pada kalender tersebut kita selitkan website kita. Jadi bila pelangan memerlukan produk atau servis mereka tahu dimana untuk mencari.

2)  Buat T- Shirt  atau topi dengan desing tersendiri lepas tu selitkan website kita. pakailah setiap kali kita keluar jika boleh berikan kepada RAKAN RAKAN sebagai hadiah.

3) Tempah Pen yang tertera web site kita di badan pen tersebut guna kan pen tersebut untuk mengisi borang di pejanbat pos, bank tinggalakan saja selepas mengunakan mesti ada sesiapa yang akan menyimpannya

4) Gunakan  logo sendiri pada beg plastik atau pun mungkin dengan mengecop pada beg kertas atau kita boleh buat sendiri beg kertas sebagai promosi kepada pelangan

 contoh gambar diatas adalah packaging yang di hasilkan sendiri. Dengan menggunakan kertas A4 .

5) sekarang ini sudah ada MUG Desing Sendiri kita boleh desing MUG dengan nama website kita lepas tu kita letakan di PANTRY atau bilik rehat ataupun di Kantin

6) Kita boleh letakkan  gambar logo, atau apa gambar yang menarik di flicker kemudian kita tag kan key word yang mempuynyai HIT yang tinggi

7) Kita boleh menguplodkan video di YOUTUBE mengenai rakaman rakaman yang menarik untuk dikongsikan kemudian kita selitkan  WEB SITE kita

8) Kita boleh mengumpulkan cerita cerita seram atau petua orang dulu dulu kemudaian kita buat dalam bentuk EBOOK kita letakan LINK web site kita dan kita edarkan secara percuma







Sunday, November 28, 2010

Sambungan IDEA HEBAT

aku nak mintak maaf la sebb artikel dahulu tu tergantung ok kita sambung balik dengan IDEA HEBAT

Selepas buat stiker kereta boleh la di edarkan kalu stiker tu cantik tak ada sebab orang tak nak lekat

3) Buat EXPERIMENT jadi kan kita unik apa yang boleh membezakan persaing dengan kita dan apa yang boleh kita berikan kepada pelangan kita.kadang kadang pelangan akan terkejut dan dihargai apabila mendapat sesuatu dari kita dan ini akan membuatkan mereka mengigati kita ini penting  untuk mengekalkan pelangan supaya membuat pembelian semula.

4)       Buat LAB(makmal) kat rumah bagi sesiapa yang menghasilkan produk sendiri ini untuk menghasilkan produk baru contoh bagi perniaga makanan penting untuk mempunyai citarasa sendiri seperti KFC mereka mengeluarkan pelbagai periasa TOM YAM, KARI dan BLACK PAPER untuk menjadikan mereka unik dari pesaing.

         Mereka juga membuat pelangan ingin tahu rasa perisa baru mereka. satu lagi mereka membuat peminat peminat HOT & SPICE menjadikan  mereka ternanti nanti makanan kegemaran mereka KFC juga mencari perisa baru yang bakal melendakan pasaran dan juga menanbah SIDE ODER mereka. Jadi kita juga boleh meniru seperti mereka menghasilkan perisa baru.

        Satu lagi jika masakan kita mempunyai citarasa unik pasti orang akan datang  mencari seperti DOLLY CHAR KUE TIWE di TAIPING yang mempunyai keunikan kerena masak menggunakan kayu api kerana kelazatan dan citarasa yang tersendiri  menyebabkan orang dari JOHOR akan datang lagi jika mereka pergi ke UTARA.

5) BUAT PERADUAN dengan syarat membuat pembelian dahulu baru boleh menyertai peraduan ini. Hadiah nya mesti hebat mungkin juga produk ada, atau servis anda secara percuma

6)Bercerita dengan Rakan anda mengenai produk anda setiap kali berjumpa cerita perkembangan anda Email rakan rakan anda sms mereka mengenai produk anda dan perkembangan. siapa pelangan terbaru produk anda.

-bersambung lagiiii -

Friday, November 26, 2010

IDEA HEBAT

Mungkin ada yang tertanya mengapa gerai, kedai aku tak ada yang beli aku spend banyak duit renovate tapi tetap lengang jugak. Aku ada idea yang HEBAT mungkin boleh digunakan untuk mempromosikan kedai mereka.

1) "BUAT LOGO KEDAI" Kita tengok syarikat besar semua ada logo dan warna koprat. Buat yang simpel dan mudah diingat.dan juga slogan contoh NOKIA "Conect people " NIKE "Just DO It" Guna kan logo dan slogan ini di kepala surat, resit, Chop,EMAIL, Buat STICKER KERETA

MAAF TERPAKSA SAMBUNG NANTI

Wednesday, November 24, 2010

TAKTIK MARKETING

              Hari ni aku pergi jalan ke satu shoping complex xxxxxxxxx yang menganjurkan jualan murah aku pergi sebab dapat iklan yang diedarkan oleh pihak yang berkenaan. Aku tetarik denagan beberapa produk yang memang sangat murah seperti di dalam iklan.

             Apabila aku pergi aku terus mencari produk berkenaan tetapi alakah hampa nya aku bila produk berkenaan tiada di raknya aku bertanya pada jurujual dimana produk yang didalam iklan. Jurujual berkenaan menjawap "sudah habis" aku bertanya tak ada stok lain ke, Jurujual menjawap stok lain ada tapi stok untuk jualan murah yang dah habis. Aku terkejut oooo macam ni ker mereka lakukan semasa jualan murah.

             Mereka buat berberapa produk yang berjenama menjadi sangat muarh sehimgga separuh harga tetapi mereka menghadkan jumlah produk berkenaan dan selepas produk berkenaan habis mereka tidak mengeluarkan stok produk tersebut mereka akan tinggal kan rak berkenaan kosong yang ada cuma nama produk dan harga semasa jualan murah berkenaan dengan alasan produk berkenaan habis. Itu salah satu cara mereka memancing pelangan supaya datang ke shoping complex mereka.

            Sebab mana mungkin ada pelangan yang datang untuk mencari barangan yang hanya menawarkan "JUALAN MURAH" sahaja  kecuali aku la heeehee. Ada satu lagi taktik yang tidak bertangungjawap oleh pihak pasaraya aku rasa ko orang dah tau kan taktik ini tetapi aku nak tulis jugak iaitu "menaikankan harga ke 400% kemudian memotongnya semula 70%" ok macam ni lah kata kan satu barang harga RM 200 mereka akan menulis harga sebelum potonga RM 800 dan selepas potongan 70% harga menjadi RM240 bijak bukan

            
               Masyarakat kita yang sememangnya gila kan SALE (jual muarah) sering terperdaya aku pun terkena kononnya handbang berjenama harga sebelum RM 180 ada kononnya Happy Hour dengan LESS (POTONGAN ) 80% sehingga menjadi RM 36 sahaja aku pun belila untuk isteri aku sekali sampai rumah isteri aku bantai gelak di cakap beg macam tu kawan dia jual rm 30 jer agggghhhhh aku tension cilakak punya pasaraya esok nya dia bawak balik sampel handbag kawan dia sebijik daaa jadi berhati hatilah semasa membeli di "KARNIVAL JUALAM MURAH" yang sememannya "MAHALLLLL "

              Kesimpulannya  belilah jika betul betul yakin ia nya murah dan anda sudah biasa dengan produk berkenaan dan sudah tahu harga asal produk berkenaan terima kasih

Saturday, November 20, 2010

CARA TERBARU

Semalam (19.11.2010) aku ada tengok chanel Discovery (astro) mereka menceritakan bagaimana pemain pemain besar(syarikat gergasi) mengunakan teknologi dalam memasarkan poroduk mereka bagaimana memereka mengupah sekumpulan pengkaji untuk mengkaji bagaimana seseorang pelangan memilih produk adakah daari segi kemewahan, warna, bau, rasa dan pendegaran akan mempengaruhi seseorang pelangan membuat pilihan dan semua keputusan itu akan duigunakan oleh syarikat gergasi untuk menarik dan memikat pelangan supaya menjadi pelangan yang setia pada produk dan perkhidmatan mereka. Bagaimana mereka mempengaruhi minda bawah sedar kita untuk mengigati produk mereka.

Thursday, November 18, 2010

Experiment PROMOSI PERCUMA

Macam mana nak mulakan aku pun dah lama tak menulis biasanya hanya menjadi pembaca yang setia saja aku harap tidak ada sesiapa tersinggung dengan hasil penulisan aku ni sebab aku ni jenis yang suka berterus terang. Sekarang ni aku tegah mengkaji macm mana nak mengurang kan kos promosi dan hanya menggunakan perkhimatan percuma atau yang berkos rendah tapi boleh menberikan effek yang besar ini penting kerana bukan semua usahawan mempunyai capital yang besar dalamm membuat promosi  produk mereka aku rasa antara jadi mungkin experiment aku akan Berjaya kita tunggu dan lihat . Jika kita lihat banyak marketing yang gagal kerana tidak dapat menyentuh perasaan yang mendalan sehingga menjadikan produk mereka satu kemestian yang perlu dalam kehidupan prospek jika kita dapat mencari kunci tersebut maka kita akan menjadi perintis kepada promosi percuma ini

Monday, November 15, 2010

Selamat datang ke JOMMARKETING

BLOG JOM MARKETING ini di buat untuk berkongsi cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk memasarkan produk dan servis untuk Internet Biznes, Kita akan cuba membincangkan mengenai cara cara terbaru untuk meningkatkan trafik dan meningkatkan jualan kita sekiranya anda ada idea yang hebat, luarbiasa, dan  aneh jom kita kongsikan bersama mungkin kita akan mengembangkan cara terbaru untuk promosikan prodok kita.

Friday, November 12, 2010