Friday, June 5, 2015

PROGRAM AFFILIATE

            Pay-per-Sale (PPS)

             Jenis program affiliate yang pertama ini merupakan jenis yang biasa akan anda temui
            di pasaran tak kira di pasaran luar negara mahupun Malaysia.

Maksud program affiliate pay-per-sale ialah mereka yang menyertai sesebuah program affiliate jenis ini akan dibayar komisyen berdasarkan setiap jualan yang berjaya agen affiliate tersebut hasilkan melalui link affiliate dia.

Pendek kata, anda haruslah membuatkan prospek yang anda promosikan link affiliate kepadanya membuat tempahan dan belian bagi sesuatu produk yang anda promosikan.





Kalau tiada jualan yang anda buat, tiadalah komisyen dalam bentuk wang ringgit yang boleh anda jana.

Di sini saya berikan anda satu contoh, jika anda mempromosikan program  The Millionaire Brain  http://jasruljamal.com/brain.HTML . Harga ebook tersebut dijual oleh penulis ebook tersebut ialah RM150 Komisyen akan di beri sebanyak RM75 iaitu 50% jika jualan melalui link affiliate berjaya dilakukan.

Jika anda berjaya menjual ebook tersebut melalui link affiliate anda, maka RM15 akan dibayar kepada anda oleh penulis ebook tersebut.


            Pay-per-Lead (PPL)

            Program affiliate bagi kategori ini boleh saya katakan ianya yang paling mudah untuk
            anda jana pendapatan. Konsepnye begini…Setiap leads (prospek) yang berjaya anda
bawa ke laman squeeze page atau optin page bagi pengusaha program affiliate jenis PPL ini seterusnya jika lead tersebut mendaftarkan email mereka di laman squeeze page tersebut, anda akan mendapat komisyen.

Pada kebiasannya jika di pasaran Malaysia ini, purata bagi komisyen yang biasa ditetapkan oleh pengusaha program affiliate ini adalah diantara RM0.30-RM1.00

Kira lumayan la ni juga kan. Anda hanya mempromosi squeeze page mereka ini (biasanya produk percuma yang akan ditawarkan di laman-laman tersebut), dan anda akan dapat komisyen seperti nilai yang telah dinyatakan di atas.

Ianya juga lebih mudah kerana ia tidak memerlukan prospek untuk membeli apa-apa. Hanya daftarkan email untuk dapatkan produk percuma daripada pihak pengusaha program affiliate tersebut.

Untuk mengetahui program-program affiliate berbentuk PPL ini yang terbaru, anda boleh rujuk di laman berikut dari masa ke semasa:


           
            Pay-per-Click (PPC)

Sekarang kita telah tiba di kategori program affiliate yang terakhir iaitu Pay-per-Click atau orang biasa panggil PPC.

            Perlu saya nyatakan, buat masa ini di Malaysia masih belum ada program affiliate ini
            dianjurkan. Hanya dari luar negera sahaja.
           
            Konsepnya untuk setiap link yang anda promosikan dan jika ada orang klik pada link
tersebut, anda akan diberi komisyen dalam bentuk sen. Ini pada kebiasannya tergolong dalam program buat duit dengan pengiklanan.

Untuk lebih lanjut anda boleh ke laman berikut jika anda berminat dengan program seperti ini:

SEMOGA BERJAYA