Saturday, January 8, 2011

CITER LAWAK

 LAWAK AHAKKK aku nak kongsi satu cerita lawak

Konon ada dua orang sahabat cina dan arab yang  sangat risau kerana perniaggan mereka muflis. Setelah memeras otak mereka, mereka sepakat membuka kedai ubat. Maka si cina jadi sinshe, dan si arab menjadi tabib. Setelah seminggu berlalu, si tabib kurang mendapat sambutan, tetapi si sinshe  mendapat sambutan luar biasa.  Maka si tabib mengeluarkan jurus dengan memasang iklan di depan
kedainya: “Jika Tidak Sembuh wang anda dikembalikan Tiga Kali ganda” Taktik itu berjaya, pesakit mula berkunjung ke tabib. Giliran si sinshe pula Si tabib mula mencari jalan untuk melawan si sinshe.pening lalu mencari akal. “Haiyaaa, senang saja kalau gua purak-purak sakit dan tidak sembuh dapat wang@” (baca dengan logat cina ya). Lalu ia mendatangi si tabib.

Si Sinshe: “Haiyaaa, tolong gua. Gua tak boleh rasa lagi. Gua tidak boleh lagi
rasa setiap makanan yang gua makan, haiyaa@”
Si Tabib: “Ana fikir itu senang saja ana boleh sembuhkan.”
Lalu si tabib memanggil asistennya.
Si Tabib: “Hasaaannnn, cefat ente bawa kesini obat nombor 14.”
Secepat mungkin si asisten yang bernama Hasan membawa obat nomor 14
dan oleh si tabib diberikan kepada si sinshe. Dan si sinshe langsung
menguyah sebelum menelan obat nomor 14 tersebut.
Si Sinshe: “Haiyaaa, ini bukan obat lhaaa, tapi ini taik ayam.”
Si Tabib: “Ente betul. Itu taik ayam. Berarti ente sudah sembuh dan boleh
merasa lagi.”

Si sinshe pulang dengan kesal kerana kalah si tabib dan sekaligus dapat
duit dari si tabib. Maka kali ini si sinse kembali pura-pura hilang ingatan yang
sangat kronik.

Si Sinshe: “Haiyaaaa tabib, gua sakit hilang ingatan parah sekali. Gua lupa
semua peristiwa dan memori Gua. Haiyaaa, tolong gua.”
Si Tabib: “mesti. Ana fasti tolong ente dan ente fasti sembuh. Obat ana
mujarab sekali.” Lalu seperti biasa si sinse memanggil si Hasan asisten.
Si Tabib: “Hasaaaaan, cefat ente bawa kemari obat nomor 14.”
Si Sinshe: “Haiyaaaa, owe tidak mahu lagi makan tai ayaaaam. Haiyaaaaa@
Owe tidak mahu@”
Si Tabib: “Alhamdulillah, berarti ente sudah sembuh. Daya ingat ente ternyata
sudah kembali.”
Tinggal si sinshe pulang sambil menggerut.

MORAL OF THE STORY :Jangan dengki kat persaing anda cari cara yang lain untuk bersaing secra sihat

3 comments:

amry said...

dalam kelakar ada mesej..
bersaing lah secara sihat...
masih ada unsur2 marketing didalam entry ni. Nice. Kreatif :)

Jue said...

lawak la entri ni.. ahahaha.. tak baik dengki kat org.. huhu

munah said...

Good story.. Bersaing harus telus. Jangan dengki mendengki.