Friday, March 11, 2011

Mai mai murah murah.

        Ha apa pulak yang aku nak jual ni, apa benda yang ko orang rasa laku sangat la untuk di jual secara part time terutama hari sabtu, kalau kat Penang hari hari laku ahaahak, kalu aku jual 10 sen fuuhhh macam pisang goreng panas beb.

       Nak tau tak jawapan nya ialah beg plastik, memang betul kerajaan buat hari tanpa beg plastik (Sabtu). Tapi kita mesti fikir juga kepentingan pelangan ni, keselesaan pelangan untuk membeli belah. Kerajaan mesti fikir cara lain untuk mengantikan beg plastik bukan dengan mengharamkan beg plastik. Sebab dengan cara ini mereka akan menguntungkan pusat membeli belah kerana jika kita mahu beg plastik kita kena tambah 20 sen untung berganda la pusat membeli belah ni dah lah tak payah nak fikir pasal bujet plastik dapat lagi siteincome lain la pulak tu siap da produk baru lagi. (beg plastik)

         Recyclable paper bags, compostable plastic bags and reusable bags. adalah option pihak kerajaan untuk mengharamkan beg plastik bukan nya dengan mendenda pengguna lepas tu bagi beg plastik balik. kurang bijak langkah yang diambil oleh kerajaan. untuk kempen selamatkan alam sekitar. Kerajaan boleh menguatkuasakan penggunaan paper beg seperti negara maju sekarang, jika boleh atau lagi baik menggunakan compostable plastic bags.

        Memang betul kerajana ada menyatakan denda 20 sen tu akan disalurkan kebadan pemuliharaan alam sekitar tapi adakah kesemua denda ini akan diberi oleh pemilik kedai kepada kerajaan ini disebabkan tiada rekod berapa jumlah denda yang dikutip mungkin separuh daripada duit tu masuk poket pemilik kedai berkenaan untung atas angin jer banyak lagi yang kita boleh buat untuk menjaga alam sekitar.


      Aku pergi shoping kat penang hari tu mula mula aku pergi Parkson kena denda 2o sen sebb nak beg plastik. lepas tu aku pergi Jusco dia orang bagi beg kertas dan tak kena denda, mana yang boleh selamatkan bumi fikir fikir kan lah mana lagi bagus denda dan bagi beg plastik atau bagi beg kertas terus tak kena denda jadi jom la kita pergi ke JUSCO untuk bershoping.



2 comments:

amry said...

pasaraya2 besar memang ada sediakan beg diorang sendiri bro...salah satu teknik untuk memajukan lagi perniagaan tu sebenarnya berbanding dengan songlap 20 sen dari duit sumbangan untuk ke badan kebajikan tu...rasanya untuk permulaan ni mungkin agak kekok la, tapi dah lama2 ok kot rsanya, masing2 dah bawa bes masing.family ok la kan..coupe tu macam mana plak.jenuh gak la nak lipat2 masuk dalam poket beg tu.hehe

Internet Marketing said...

Memang lah amry tapi kalau kerajaan betul betul serius nak hapuskan penggunaan Beg plastik macam negara maju wajibkan penggunaan beg kertas, bukan nya mendenda 20 posen and bagi beg plastik tak jadilah hari tampa beg plastik lagi pun mana lagi bagus. pikir pikir kan lah