Monday, March 21, 2011

Pakatan Barat Serang LIBIYA.


Assalamualikum dan Salam sejahtera

          Aku terperanjat mendengar Pakatan Barat menyerang Libiya. Malang sungguh bagi Libiya kerana terpaksa menerima serangan dari 3 buah segara serentak. Ini semua kerakusan Amerika yang kononnya menjadi polis Dunia cuba mengamankan negara bermasalah. pelikan. Tapi itu lah dunia sekarang.

        Tapi bukan ini persoalan pokok yang aku nak ketengahkan aku nak ceritakan di malaysia juga sedang berlaku peperangan...... HAA Biar BETUL MALAYSIA BERPERANG. Ya betul. Setiap masa. Syarikat besar sedang berperang dengan Syarikat Kecil. Ini dapat kita lihat dimana perang iklan di TV dimonopoli oleh syarikat besar,  mereka menguasai masa tayangan perdana dan mereka mampu menaja acara acara besar. Bagaimana dengan syarikat kecil yang tak mampu untuk meletakkan iklan di TV. kadang kadang tu Iklan lagi panjang dari cerita.

         Kita lihat pula surat khabar sekarang ni tebal sebab iklan yang banyak aku sekarang boring nak beli paper sebab sekarang ni mereka berlumba lumba meletakkan iklan di akhbar utama. Aku lebih senang layari internet. Bukan nya murah nak letakkan iklan kat paper ternama sekarang ni kurang kurang pun kena ada Rm 500 baru boleh letak iklan sejemput.

        Tempat tempat yang dipenuhi orang ramai turut dipenuhi dengan papan iklan.sampai kat toilet pun ada iklan ahhaaa Tiang tiang lampu pun habis di make up dengan baner color color. Kat tepi tepi highway habis semua dipacak papan iklan billboard kadang kadang tu sampai nak eksiden sebab telampau baca iklan besar besar kat tepi highway. Lapangan Terbang jugak penuh dengan iklan, Stesyen Bas pun jadi mangsa ahhhaakkk

       Sekarang ni semua BAS, LRT, Teksi, Kapal Terbang, Keretaapi habis semuanya ditutupi dengan jenama besar besar, tak pernah lagi la aku tengok iklan "Kedai Buah Ahmad" ada kat kapal terbang. tapi teringin jugak nak la nak tengok mungkin satu hari nanti ada terpampang sapa tau kan. Syarikat besar menggunakan senjata canggih dan besar dalam peperangan mereka , untuk menjadikan mereka kuat dan digeruni pesaing.

Esok Aku sambung lagi kali ni pasal senjata yang di gunakan oleh peniaga kecil untuk menagkis serangan peniaga besar.



    

1 comments:

Miecyber said...

Kalau banyak wang pelbagai jenis pengiklanan mampu di lakukan..

RAM & ROM