Wednesday, December 22, 2010

APA ITU MARKETING

       Marketing ialah bagaimana memahami keperluan pelanggan-pelanggan anda dan membuat rancangan untuk memenuhi keperluan tersebut. Jadi mari kita jadi orang yang memiliki usaha serta  memiliki keinginan untuk mengembangkan perniagaan kita. Cara yang paling berkesan untuk tumbuh dan mengembangkan perniagaan anda adalah dengan fokus pada pertumbuhan semulajadi.
Anda boleh meningkatkan pertumbuhan secara semulajadi dalam empat cara yang berbeza. Mereka termasuk:

• Mendapatkan lebih banyak pelanggan
• Membuat setiap pelanggan untuk membeli  semula produk anda.
• Membuat setiap pelanggan untuk membeli produk lebih mahal atau dapat menjual pada setiap pelanggan
• Membuat setiap pelanggan untuk membeli lebih produk

        Keempat empat cara ini dapat  meningkatkan pendapatan serta keuntungan anda. TETAPI  saya amat menggalakkan anda untuk lebih fokus pada yang pertama iaitu mendapatkan lebih banyak pelanggan. Mengapa? Kerana dengan mendapat lebih ramai pelanggan anda dapat membesarkan pangkalan pelanggan anda dan pendapatan anda akan lebih besar jika cara kedua, ketiga dan keempat anda guna.Bagaimana anda boleh mendapatkan lebih ramai pelanggan?

• Luangkan masa untuk meneliti dan membuat rencangan pemasaran yang  strategik.
• Pelbagaikan  produk anda untuk memenuhi permintaan pelangan.
• Harga produk dan perkhidmatan anda kompetitif.
• Pelbagaikan teknik promosi .

0 comments: