Tuesday, December 28, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Jangan berasa bersalah, jika anda belum mampu menjual produk. Tidak ada yang salah dengan iklan yang anda buat. Kerana dalam kebanyakan kes tiada marketing yang benar benar berkesan kecuali marketing yang terkoordinasi.

Ketika saya menghadiri kursus berkenaan  strategi marketing, saya pernah ditanya, "Siapa pelanggan anda Siapa yang akan membeli produk anda??" saya menjawap yang saya tidak tahu siapa MUNGKIN 'semua orang' yang akan jadi pelangan saya.

Angapan seperti ini boleh menyebabkan keputusan yang salah, harga yang salah, strategi marketing yang salah - dan akhirnya, usaha anda juga gagal. Usahawan yang berjaya akan memahami bahawa terdapat beberapa golongan yang membeli produk atau perkhidmatan mereka. Tugasan seterusnya ialah menentukan, mendekatkan, mengenali siapa orang-orang (prospek), dan seterusnya 'menyasarkan'  golongan ini .

Dalam pada masa yang sama menyediakan pakej yang berlainan supaya dapat membesarkan prospek anda contoh PIZZA HUT yang dahulunya hanya peringat pertengahan dan atasan sahaja yang mampu sekarang mereka menyediakan set yang pelbagai untuk menarik semua golongan.

Dengan marketing strategi yang betul, ia tidak akan membawa masuk pelanggan yang ramai dalam semalam, jika anda melakukannya dan bekerja secara konsisten, anda akan melihat peningkatan pelanggan dan jualan. Anda juga daapt membina perniagaan, lebih kuat.

Salah satu yang perlu anda lakukan adalah untuk memperbaiki serta memahami produk atau perkhidmatan anda sehingga anda." Menjadi pakar! Selanjutnya, anda perlu memahami bahawa permintaan produk atau perkhidmatan bedasarkan kepada 3 pekara utama:

• Untuk memenuhi keperluan asas.
• Untuk mengatasi masalah.
• Untuk membuat mereka merasa baik.

Langkah seterusnya dalam mencipta strategi marketing yang berkesan adalah untuk menentukan  target pasaran anda.


2 comments:

amry said...

WOWOWWOWOWOWWWW!!!!!NICE ENTRY BRO!!AKU MEMANG SETUJU NGAN APA YANG KO CAKAPKAN NI.DALAM PERNIAGAAN SEMEMANGNYA MEMERLUKAN STRATEGI..

zulkbo said...

salam..
tahniah dan syabas buat seluruh rakyat
Malaysia..ermmm..jangan lupa
Jumaat ni cuti umum ye..membanggakan!